Followers

Mar 14, 2017

We meet, We leave and We met again

Assalammualaikum.


Tak sangka planning saja-saja sis nak kahwin when my age reach 27 (Next year, 2018)  Insya Allah will be happen. Hahaha. Kalau ikut hati memang tak pernah ade planning pasal pasangan hidup. Just target je nak kahwin umur 27. Tapi bila Allah dah bagi Jodoh. Dia dengan automatic everything going smoothly. Sangat smooth. Sampai kadang kau tak percaya. Eh betul ke kau dah tunang? And the sweetest things is. Kau punya pasangan rupanya kawan kau sendiri merangkap crush merangkap teman tapi mesra tak jadi dulu. Kakaka. Kenal pon dekat dalam Blog. Memang la accidentally bukan dekat blog. Tapi blog menjadi landasan persahabatan gituu. hahahaha. Tak boleh blah. But with him? I never ever imagine because i used to hate him for some other reasons. Hahaha. 


We Meet

First time jumpa dia masa sebelum masuk diploma. Dekat Klinik Kesihatan Majidee. Masa tu tengah nak ambil medical check up. Jumpa dia kat luar klinik. Masa tu tengah tunggu Klinik bukak pintu. Masa tu lah sis dok perati je sorang mamat ni turun motor dengan muka cuka. Dalam hati mesti mamat ni datang klinik nak amik MC. Muka macam suka ponteng kerja. Kahkahkah *First impression* Masa tu sis pergi Klinik dengan mak dengan adik. Mak pulak jenis ramah. So dia la dok berborak dengan si dia and kawan kawan dia. 

"Awak dapat belajar kat mana?" Mak tanya si dia 

"Saya dapat UiTM Segamat Makcik"

"Eh anak makcik ni pon UiTM Segamat jugak, Awak course ape?"

"Course Quantitative Science Makcik"

"Wah lepas ni boleh jadi doktor la eh"


Mak aku nampak perkataan science je ingat jadi doktor. hahahahaha. Aku as usual la buat tak kenal je dorang. Dulu sis dgn budak lelaki mmg tak amik port sangat. Tapi dok pasang telinga la mak aku dok borak dengan dorang. And yang paling aku ingat masa time amik nombor giliran tu. No aku 0040. Si dia 0039. Bila nak buat check up tu kena berdua-dua nurse panggil. Aku paling ingat masa nk check mata tu. Nurse tu cakap kat dia.

"Eh awak ni rabun warna ni"

Hahahahaha. Dalam hati aku gelakkan jee. Paling tak boleh blah time nak check urine tu. Kan kena bubuh air kencing dalam bekas kecik tu. Depan toilet tu tempat menunggu tau. Si dia and kawan-kawan dia tgh tunggu giliran nk bagi bekas kat makmal. Aku pulak baru nk bubuh. Hahaha. Dalam toilet aku dengar la dorang bisik-bisik.

"Eh macam mana perempuan nak letak air kencing dalam bekas ni" 

Lepastu dorang dok gelak-gelak. Aku dalam toilet tu sabar je lah! nak keluar bawak bekas air kencing tu malu oiii! hahahahha. Kuangasam punya depa. Masa X Ray pon ade dia. Senang cerita menyibuk je la dia ni. Asyik muka dia je. Menyampah sis! Masa nak balik mak aku siap bye bye dengan dorang. Amboi kemahennn makcik sorang ni. Hahaha.

Dipendekkan cerita. First jumpa 26/6/2009 masa dekat Klinik Majidee. Bila da masuk UiTM Segamat. Haram tak pernah jumpa. Cuma masa MMS aku macam pernah nampak dia dekat DST. Tengah nangis2. masa tu tgh slot pasal mak bapak. Hahaha. Dalam hati ada jugak terdetik;

"Eh tu bukan budak medical check up ke?" 

Lepas tu dah takde jumpa dahhh. And then masa part 4. Tahun 2010. Masa tu tengah blogwalking. Macam mana entah boleh singgah dekat blog "Gua Dan Button". Masa tengah scroll2 tu. Dok perasan muka dia dgn si faizal yaakob. Aku pon reply la dekat post dia

"Eh awak ni yang dulu buat medical check up dekat klinik Majidee eh?"

Start situ la selalu reply-reply komen dekat blog. Lepastu kawan dekat facebook. Jumpa dekat kolej. Terserempak dekat pasar malam. Terserempak masa otw nak pergi kelas. Tapi time tu. Dia ni tgh bercintaaaa dengan coursemate dia. Kahkahkahkah. Kiranya memang awal-awal kenal tu memang takde simpan hati ke ape ke. Start Part 6 baru start rapat dengan dia. Time tu dia tengah single kot. Tengah Duda. and for your information sis bukan penyebab eh. Eh tolong sikit. hahahaha. 

Btw masa part 6 tu ade la sesekali makan sesama. Balik JB naik bas kuning sesama g terminal segamat. Outing sesama. Makan cendol. Tengok wayang dgn ibah and din. And start lepas habis diploma dah start rapat. Sis pon mula lah crush ke dia. Hahahahahaha! Dia pulak orang JB jugak. So memang selalu lepak la. 


We Leave

Bila dapat result kemasukan degree. Sis dapat masuk UiTM Puncak Perdana. While him dapat nun jauh di utagha UiTM Arau, kat Perlis. Start dari situ ade sedikit conflict and at the end of the day kami jadi stranger. And we barely contact each other for 3 years. from 2012-2015. We started blocked each other in social media and so on. :(


We Met Again

Penghujung 2016 is the time when we started to talked again, and I was able to reply his DM in Instagram and even replying his Whatsapp. Start dari situ dah mula bertegur sapa balik. And our first meet dekat depan Public Bank masa tu dia cakap nak jumpa sebab dia nak bagi ole-ole dari langkawi. Hahahahaha. Aku punyalah taknak jumpa dia. Siap suruh poslaju coklat tu je. Kakakaka. Last-last jumpa jugak sekejap. Yang peliknya. After 3 years tak jumpa, Bila jumpa tu macam tak pernah ade masalah or conflict. We manage to talk, tanya khabar memasing cerita pasal kerja and siap makan satay sesama lagi. Thank awak belanja saya. Hahahaha. Ayat pertama dia after 3 years tak jumpa

"Wehh lainnya kau, weh cantik lah"


Amboii. Dulu aku tak cantik keeeeeee? Hmmmmmmmmmmmmm. Hahahahah. Dasar lempeng. And lepastu jumpa time wedding ibah. Actually masa wedding ibah la pencetus our relationship. Boleh eh masa kat wedding ibah. Dia pergi jumpa and salam mak bapak aku. Aku cakap kat dia.

"Eh apesal kau nak salam mak bapak aku"

"Lah salam pon salah ke? Aku kenal kot mak bapak kau"


Hahahahah. Punya lah keras hati sis sampaikan dia nak salam parents pon sis tak bagi. Mohon bertabah. Hahahaha. Dipendekkan cerita start situ dah wasap ape semua. Kawan balik. Bagi peluang and now?


We've got engaged. 


Alhamdulillah satu je sis nak cakap. Sebenci mana pon kau selari mana pon kau. Semenyempah mana pon kalau. Kalau tuhan dah tulis dia tu jodoh kau. Memang pusing-pusing, lari lari ke, akhirnya memang kau akan jumpa balik. He's the one. Finally. And paling penting sebenarnya restu mak ayah. Doa ibu bapa. 


Thanks weh sebab kau tak pernah putus asa dengan keras kepala aku. You always try! and sampai satu tahap kau keluar ayat.


"Your BIG no is killing me"

Gambar pertama after 3 years tak jumpa! hahaha. Dekat majlis IbaDin
Budak lempeng sis.




p/s: Next entry sis update pasal majlis tunang.

2 comments:

AMRI OTHMAN said...

so sawit la sis ni... HAHAHAHA!

Cik Tetra said...

Awie:

eh baru tahu ke sis sawet? Hahahahahah