Followers

Dec 30, 2016

Company Trip : Sarawak ke Kita?

Assalammualaikum,

Sebenarnya dah lama nak post entri ni, maklumlah nak share perasaan eksaited pergi negeri bumi kenyalang. Hahahahahaha. Sebenarnya ni first time aku join company trip maklumlah baru masuk ke alam pekerjaan. Belum setahun pon lagi, Tapi dah dapat sponsor g company trip! thanks bos. Hehe

As ketua trip or ketua project agak pening jugak masa nk vote nak g mana sebenarnya. Ade yang nak g Phuket, Ade yang nak pergi Ho Chi Minh and ade yang nak g lain lain tempat. Dah banyak kali jugak buat proses pengundian ni. And malas nak cerita pasal  konflik ape semua. And lastly sebulat suara kami memilih untuk bercuti ke Sarawak

SARAWAK?

Bila dengar nama sarawak serius aku terbayang burung kenyalang dgn costume etnik2 kat sana. Hahaha. Clueless betul! And disebabkan takde pengalaman ke sana and tak tahu apa apa pasal Sarawak. Then aku banyak menggunakan khidmat google and baca post2 entri orang kat blog yang pernah review pasal sarawak. Banyak jugak dapat input weh! hahahahahaha.

And untuk perkhidmatan tour guide, ni yang nak kongsi ni. Kiteorang survey through instagram. So jumpa la Instagram Encik Rizal (Tour guide kami). Mula mula rasa macam was was jugak. Boleh percaya ke? kenal dari instagram je. So aku banyak deal dengan Encik Rizal through whatsapp utk tanya tentang pakej, Full pakej termasuk (hotel/homestay, tourguide, and transport) And Encik Rizal ni ramah orangnya, Detail betul dia bagi! serius ohsem! lepastu booking fee dia mintak RM100 je dulu. 


instagram : kuching_tranport


Aku pernah survey orang lain jugak. Tapi booking fee dia. Mak oihhh! Sampai setengah harga. So jadi takut la kt situ, Yela deal through social media then nk transfer duit banyak-banyak. Tak ke takut? Hahahahaha. Nasib baik la aku jumpa Encik Rizal ni, serius weh harga pakej yang dia bagi murah and berpatutan. Lepastu Booking fee pon sikit. So takdelah kita ragu-ragu. Serius kalau lepas ni korang nak pergi sarawak ke ape ke. Guna lah khidmat Encik Rizal ni. Dia ramah orangnya. Aku pon kalau next time pergi lagi, aku nak book Encik Rizal siap siap. Haha. 

Kiteorang pilih homestay masa trip ke Sarawak ni and homestay yang dia bagi pon Awesome! sangat selesa and cantik. Masa tgh deal tu, dia siap bagi senarai homestay, kita tinggal pilih je ikut apa yang kita berkenan! hahahaha. Sepanjang perjalanan Encik Rizal akan bercerita pasal sejarah sarawak and so on, So kira mcm everything kat Sarawak tu dia explain. and yang paling Penting dia suggest tempat2 makanan yang mmg TOP la kat sana. Best sgt!

Paling best, sepanjang kiteorang kat Sarawak, tentatif  penuh dengan aktiviti and Encik Rizal memang betul2 bawak kiteorang explore sana. Sarawak is all about Culture and Sight seeing. Kalau kau jenis tak suka culture and pemandangan. Mesti kau rasa bosan. And for me, i do love culture and sightseeing. Benda baru and banyak yang boleh kita belajar. Yang paling penting! Sarawak makanan dia ya aulooooo sedap namateyyyyyy! hahahhahaha. Wehhh rinduuu sarawakkkkkk.





Next Entry will be full of pictureeee! hahahaha. 





xoxo,
Cik Tetra




3 comments:

AMRI OTHMAN said...

perghh... belog dah hidupp!

Cik Tetra said...

Awieee! hahahahahahha. opkos la uollss bilaa lagii

AMRI OTHMAN said...

mari cari geng lamaa... HAHAHAHA!