Followers

Dec 27, 2016

apeni

Assalammualaikum.

HAHAHAHAHAHAHAHAH!

Weh rasa janggalnya post blog weh! tolong lah faham! hahahahahaha. Last post entry bulan June haritu. Lama gilaaa tak update. Sebenarnya, Zaman sekarang ni dah tak ramai yang post entry maklumlah sekarang kan zaman twidderrrr dengan instagram. Lagi senang cepat dan mudah.

Kalau blog nak kena google dulu. Baca entry pepanjang dulu. Pastu baru komen. Lepastu kena tunggu orang tu approve comment dulu and then kalau reply mention tak dapat notification. Kan susah kan? Blog is all about kerajinan and keminatan seseorang. Kahkahkah. Perasan tak kalau dulu kau sanggup pergi blog orang yg kau suka banyak kali sebab nak tgk orang tu reply ke idok or nk reply mention tuan punya blog tu. Punyalah gigih. Tapi tu yang buat blog ni best sebenarnya! 

Sebenarnya, zaman blog lah buat kau kenal ramai orang dari berlainan negeri. And siapa sangka dari blog jugak la kau jumpa sahabat baik and bukan tu je, Dari blog jugak la kau boleh jumpa JODOH kau. Eh? Hahahahahahaha

Antara mereka mereka yang aku kenal dari blog - Anip, Ibah, Nina, Aqim, Awie, Hal, Aril, Din, Geng ASZWIK, Kak lily, Hud_den, Ekal, Fathiah hamim, Miratun madihah dan banyak lagi. And most of them aku dah jumpa in real life. And ade yang dah jadi kawan baik aku and ade yang dah jadi kawan sekampus and lain lain. Hihi.

Serius rindu dengan zaman blogging, At that time, balik kelas je terus online bukak blog, Baca new entri kengkawan, Wehhh sumpah rinduuuu. 




p/s : we met, we leave and we meet again.

0 comments: