Followers

Jun 14, 2016

Telinga Tersumbat.

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 9 puasa. Dan masuk hari ke-9 jugak la terlinga aku tersumbat. Huuuuuu. Masa firstday puasa tu, time mandi, telinga mcm termasuk air. Korang mesti pernah alami kan. Lepastu rasa mcm pekak sikit, sebab ade air dlm telinga. Bila rasa tak selesa. Aku pon amik Cotton Buds and korek la telinga nk hilangkan air. Rupanya makin korek makin rasa mcm pekak. 

Macam-macam teknik aku da gunakan. Google macam2. Tutup hidung hembus nafas da buat banyak kali. Letak minyak gamat pon dah buat. Tak jalan. Letak air lepastu terbalikkan kepala pon dah. Semua tak jalan and me is soooo stresssss. Rasa tak selesaaa sangat. Orang cakap tak berapa nak dengar. Telinga yg tersumbat tu rasa sunyi sangat. Mcm dalam gua. Seriuss.

Hari ke-empat telinga tersumbat, aku try korek guna tempat korek besi tuuu. Konon nye nk kuarkan anasir anasir dalam telinga tu la. Rupanya telinga jadi lagi sakit. Siap berdengungggg. Rasa macam dlm telinga tu luka kot. Sebab tu aku rasa sakit n bedengung. Lepastu nk hilangkan sakit. Aku letak minyak gamat. Alhamdulillah hilang rasa sakit n  berdenyut kat telinga tu tapi telinga still "pekak" lagi. Aku dah mula fikir macam2. Takut pekak selama-lamanya laaa. itu la ini la. Siap search kat google, Doa untuk hilangkan doa Tersumbat. Ade tu mmg ade. Tapi aku dah cuba. Still tak boleh.

At last aku try google ubat hilangkan telinga tersumbat, So ramai yg kata dorang guna Soliwax. Aku pon nak pergi pharmacy la cari ubat tu. Kalau boleh taknak pergi doktor. Takut. Hahahaha. Masa balik master class hari sabtu lepas. On the way nk ke TBS, aku singgah KL sentral and Nu Sentral. Cari ubat tu dekat Guardian, Tapi takde pulak. Jalan lagi cari. Jumpa lah Pharmacy Vital Care. Aku tanya dengan promoter tu ade tak Ubat Soliwax. Tapi takde. Dia ade ubat untuk Telinga juga, Tapi jenama lain. Jenama Cerumol. Dekat instruction ubat ni boleh pakai 3 hari. Maksudnya kalau dalam masa 3 hari still tak boleh baik. Bawak-bawak la jumpa doktor.

Kawan aku suggest pergi doktor flush telinga. Dia cakap tak sakit langsung. Legaaa gilaa. So kalau lepas 3 hari aku pakai Cerumol ni tak baik lagi. Ke doktor jugak la gamaknyaaa. Tapi bila pakai Cerumol ni rasa mcm boleh dgr sikit. Kadang2 Terus jelas. Kadang2 tersumbat balik. Dia take time nk loosening wax telinga. Huhu.

Ni haaaa. Cerumol Ear Drops. Bila pakai ni telinga nk mula mendengar. Sekejap dengar sekejap tak. Kira mcm berkesan jugak. Kena sabar la. Mungkin tahi telinga dah keras sgt. Huhu

0 comments: