Followers

May 23, 2016

Food Hunting JB : Contena Concept.

Assalammualaikum rakan taulan sekalian.

Harini sis nak review foodhunting dekat CONTENA CONCEPT haritu. Balik kerja pukul 5. So kami (Officemates) pon bergerak la ke tempat kejadiannyaa. Dimana walaupun kami org jb, Terkial-kial jugak nk cari tempat makan nih. Hahahaha. So guna WAZE je la. 

Lokasi               :  No 110, Jalan dato sulaiman, taman century garden, 81200 johor bahru
                            011-3669 7716   / Cafe ini bukak dari pukul  5ptg - 2 pagi.

Mula mula sampai. Terus rasa teruja. why? The place was so artistic and awesome. Terus rasa "Weh jom amik gambar" Hahahaha. By the way, dekat Contena Concept ade tiga level. Kami makan di level 2. Naik je tingkat dua. Pon dah teruja. Cantik! Apa yang penting. Sangat Selesa. Sangat suka dengan concept cafe ni. Warna building pon menarik. Hitam. My favourite color. Yang membuatkan cafe ni menonjol, kerusi dia match kan dengan warna oren & hitam and meja kayu. So creative. Nama pon Contena Concept. So the whole building was using Contena. Cuma kalau hujan. Korang tak boleh makan dekat level 3 la. Sebab level 3 'free air'. tidak berbumbung. Very refreshing. Gayat juga aku nak naik level 3 ni. Haha.

nampak takkkk. cantik kan?
Lecak sikit. Sebab tempias kena hujan kot. 
ni dekat level 2. Ade ala ala bar kat sini. Comel. Dekat hujung corner tu Ade sofa sorang bolewh rileks sambil usha bumbung rumah orang. Kakakaka.
Bukan setakat cafe je, Barber shop pon ade. siap ade Mural painting. 

Ok now, lets move to their foods! Dekat sini kalau korang nk tahu signature dish dorg senang je. Dalam Menu yang ade Contena Concept, tu semua signature dish dorang. Dekat sini ade makanan bergoreng contohnya, nasi goreng, mee goreng and etc. Bagi yang suka makan western dun worry. Makanan Western juga disediakan disini. So sangat flexible. Korang pilih la ape yg korang suka ye. Dari segi harga. Bagi aku, untuk kafe kafe hipster, it is affordable. Tak terlalu mahal. Just nice la. 

tudiaaa. One of signature dish dekat sini - Mee Special Contena Concept. RM8.50 Tak selah. Sedappp !

Haaa yg ni paling aku tak sabar nk share. PANCAKE KRABI NOAH. Actually tujuan datang Contena Concept sebab nak makan pancake. Quite surprising la actually, ingatkan Contena Concept ni stall biasa. Sekali datang walawehhhh kafe hipster k gaisss. Hahahaha. Berbalik kepada pancake. Kiranya Stall pancake ni sewa kat Contena Concept rupanya. Nak order kena order kat stall pancake kat bawah. Abang jual pancake pun manish manishhh orangnya semanis pancake nya. HAHAHAHHAHA. 

Ingatkan mahei harga pancake nya. Murah dan sedappp. Rasa nak repeat datang makan lagii. Seriusss sedapp. Sis tak tipuuuuu. Hehe. Banyak pilihan. Next time kalau datang nk rasa flavour lain pulak. 

hai abang pancake! hehe
Antara menu yang ade. 
Pancake Noah Special ni sedap gila. sgt recommended!
yg ni pon sedap. Nutella pulak. Sedappppppp.
So kesimpulannya. Sangat okay la makan dekat sini, Mee Contena Concept tu sedap hokayyy. Crispy. Pancake pon sangat sedapp. Nak makannn lagiiii. For muslims, dun worry, ade Surau disediakan, Tapi satu jelah. Surau kongsi lelaki perempuan, Maybe dorang tak cukup Space kot. So kalau ade org, korang tunggu ler sekejap. Ikut turn. By the way, if not mistaken Owner dia Melayu, Thats why ade surau disitu. Alhamdulillah. 

Korang pernah tak makan cafe yg cantik pastu nak amik gambar sana gambar sini. Lepastu waiter pandang mcm hape? Haaaa lupa nak mention. Dekat sini waiter n Waitress semua ramah ramah and muka manis. Nak suh dorang amikkan gambar pon boleh. GOOD SERVICE. Dekat sini jgn risau. Dorang semua ok. Tak rasa malu nk bergambar selpie apa bagai. haha.
surau
dekat board tu ade gambar artis yang pernah datang kat situ.
Level 3. macam dekat atas rooftop. Bolehlah fefeelinggg sambil angin meniup lembut.
Sis tak boleh tgk org amik gambar. nk g join sekali. hahaha
Ni dekat level bawah
hai opismate sekalian. Muka kak hanum tak sabar nak makan tuu. hehe
Perempuan mana je yang tak suka amik gambar acah-acah kandid? hahahahha
perut pon da kenyang. Marilah pulangg.






XOXO,
Tita   

0 comments: