Followers

Apr 4, 2016

Perubatan Islam Darussyifa Johor Bahru.

Assalammualaikum gaisssss.

Selamat hari isnin and happy working gaiss. Hari ni hari yang lega. Sangat lega. Why? sebab sudah disahkan bahawa tiada unsur jin atau iblis yang bersarang dalam diri ni. Ayat so scary kan.
Actually semalam aku and emak pergi ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa bertempat di Masjid Pasir. Dekat skudai tak silap. Actually petang semalam abang ipar dah amikkan nombor giliran. So dapatlah nombor 13 dan 14. Temujanji pukul 9 malam. Weh serius aku berdebar,

Why aku pergi darussyifa? Sebab nak checking and Scanning. Dipaksa sebenarnya. Hahahaha. Yela kadang-kadang kita mana boleh tahu ade 'benda' dalam badan kita. Ade orang hidup dah lama, bila pergi berubat baru dapat tahu 'benda' tu dah bersarang dalam badan dah berbelas tahun. Tak ke scary? So nak taknak kena beranikan diri.

Sampai darussyifa pukul 8.45. Pendaftaran pukul 9.30. Masa pendaftaran tu dia bagi Air yg sudah dibaca 30 juzuk Quran and Limau purut Empat Biji. Limau purut ni kita guna time mandi nanti. Group pertama dia panggil no 1 hingga 7. So aku dan yang lain-lain tengah tunggu giliran, Kiteorang duduk dekat kerusi yang disediakan dekat luar bilik rawatan.

And you know what? masa tengah menunggu tu, rawatan untuk group 1 tengah dijalankan and then masa ustaz baca doa ruqyah, dengar la suara menjerit, menangis, dengar suara orang muntah-muntah. Aku dah start scary dah! Yelaa ni first time kot aku kena lalui benda benda macam ni. Aku dah imagine japgi masa berubat, aku jerit ke, mengilai ke, menangis ke, paling teruk aku fikir, aku jadi macam nabila huda dalam citer munafik. Tak ke scary? huhuhu.

And for your information, kalau time ustaz baca ayat ruqyah tu kita muntah, mungkin kita kena santau, Kalau jerit2 and nangis mungkin dalam badan kita ada saka. Ayat Ruqyah ni untuk mematikan sihir atau mengeluarkan saka/jin/iblis dalam diri kita.

Dekat setengah jam group 1 dalam bilik rawatan. And then giliran group dua. Group 2 nombor 8 hingga 11. Bukan giliran aku lagi. So dengar lagi la orang jerit nangis muntah ape semuaa. Sampailah no giliran aku. Aku group ketiga. dalam group aku cuma 3 orang sahaja. Aku, Mak aku and seorang makcik mana entah aku tak kenal. Bila masuk bilik rawatan ade 3 orang ustaz. Firstly, ustaz bagi penerangan. Badan diilit dengan sejadah. And apa yang penting, Waris atau Family kena masuk sekali. So, kakak aku pegang tangan aku. Antara guideline sebelum rawatan ialah;

1. Tangan atas peha. and kaki jangan disilangkan.
2. TUTUP MATA. Apa pon yang terjadi, jangan bukak mata, and kalau terbukak mata, SILA TUTUP BALIK.
3. NIAT- Kita kena percaya segala apa jua penyakit atau  benda yang menimpa hanya Allah S.W.T yang boleh menyembuhkan.

Weh NO dua suruh tutup mata kan? Kalau korang pergi berubat. Tolonglah tutup mata. Masa ustaz tengah baca doa ruqyah tu, Time tu ustaz tengah pegang kepala. (Untuk pengetahuan ketika rawatan ustaz memakai sarung tangan, Sebab pesakit bukan muhrim) tetibe aku terbukak mata. I see something tengah berdiri depan aku. Tak clear sangat sebab aku terbukak mata sikit je. Then aku cepat2 tutup mata. Aku dah cuak, tetibe rasa muka aku panas je, and ustaz suruh mengucap 2 kalimah syahadah. And Alhamdulillah everything going well. And Alhamdulillah dalam badan aku takda saka or jin or etc. Lega sangat. Serius lega.

Ni merupakan pengalaman yg paling menakutkan and menakjubkan sebenarnya. Sebab ape? Sebab i can see the wonderful of islam. And the greatness of Allah S.W.T. Dengan kuasa Allah, alhamdulillah semua boleh diubatkan. And aku rasa kesian tgk orang yang kena santau, Ada yang muda, cantik lagi, mungkin sebab hasad dengki manusia diorang kena macam tu. Huhu.

Apa pun entri ni just nak share pengalaman berubat di darussyifa. Kalau rasa diri tu ade something wrong, rasa diperhatikan ke? or rasa tak sedap badan. Try la pegi perubatan islam. Jangan pergi bomoh pulak. Apa apa pun, kita hanya mampu ikhtiar, Allah yang berkuasa ke atas semuanya. Wallahualam.

9 comments:

As Syafa said...

assalamualaikum sis. alamat darul syifa apa ye sis? sy pun nak cuba.

Syifa husin said...

Masjid jamek batu 10 kot cik...

Cik Tetra said...

As Syafa

Sorry lambat repyly. Saya baru bukak blog harini.

Ini alamat dan no telefon.

Sebelum pergi awak kena amik nombor dulu.

Pusat Rawatan Darussyifa' Batu 10 Skudai
Masjid Jamek Batu 10 Skudai
PTD 56090 Jalan Tilan
Kampung Melayu Batu 10
81300 Skudai
Johor Darul Ta'zim.
Jumaat

Selepas Isyak hingga selesai
Imam Onn bin Awang
HP:017-7780622
Hj Adnan bin Mohamad
HP:019-7567070
Hj Mansor bin Mohamad
HP:019-7296864

Anonymous said...

assalamulaikum cik,
nak tanya, ada kene bayar ke?

Cik Tetra said...

wslm. Bayar seikhlas hati je awak. dia takde tetapkan jumlah. Sebab mereka niat cuma tolong. :)

Noor Izzati Ariff said...

Salam cik..nak tanya, yang limau purut diorang bagi tu untuk kita guna time mandi kat rumah ke macam mana ye? And kalau perempuan tengah period sesuai ke untuk buat rawatan? Trima kasih ye cik untuk perkongsian..

Cik Tetra said...

Noor Izzati Ariff :

Waalaikummussalam. Limau purut dorang bagi tu ade empat biji.

1 biji - mandi dekat masjid tu (ade bilik air dan baldi, make sure bawak baju lebih and kain batik)

3 biji lagi kena mandi dekat surau / masjid yg berhampiran dengan rumah kita. Awak tak boleh mandi dekat rumah sendiri tauuu.

Tang period tu saya tak pasti lah awak. Tapi better pergi waktu awak tak period sebab nanti kan nak mandi limau. kalau period. mcm susah pulak nanti.


harap jawapan saya membantu.

Red Scar said...

Assalamualaikum .. sy nk tya , kalau yg dduk jauh drpd tempat tue , still kna amek no jgk ke ? Takk ke jd 2-3kali keja kena ulang alike ? Maaf , skdar brtya

Cik Tetra said...

@Red Scar

Waalaikummusslam.
Kalau duduk jauh. Awak just call utk amik no. Tak payah datang.
Deal dari Phone call.