Followers

Mar 31, 2016

Tips Kurus!

Assalammualaikum gaisssss.

Kurus? siapa je dalam dunia ni taknak kuruss. Lagi-lagi kita, kaum perempuan. Kurus is a dream for us. Gituuu. Hahahahaha. Kadang-kadang selalu terfikir, boleh ke kita nak kurus?? Macam macam cara lah dah guna nk kurus punya pasal. Tapi tak berjaya. why? why? and why?????

Sebelum aku bagitau tips kurus. Nak kupas sikit issue kurus ni. Yes kadang-kadang, kita bukan la di dalam kategori gemuk obesiti ke ape ke. Just berisi tang tu tang ni. Tapi orang akan pertikaikan kenapa kita nak diet la ape la. They'll be like;

"Kenapa nak kurus? kau bukan gemuk sangat pon. Berisi je?"
"Eh dia tu lagi gemuk dari kau, rilek je dia"
"Kau ingat kurus-kurus tu lawa eh"
"Bersyukur la sikit, kau bukan gemuk mana pon. Yang penting sihat"

Ye. Aku faham and aku sedar, Aku bukan lah dalam kategori gemuk 100kg. Tapi setiap orang ade impian masing-masing. Bagi aku simple je impian aku. Just one thing. "KESELESAAN". Tell me, siapa je dalam dunia ni taknak selesa. Seriously nk kurus bukan sebab nak tunjuk kat orang or nak mengurat anak datuk or nak jadi model or nak post kat insta hari hari. Lepastu bangga diri. NO! is a No! Kita tak boleh simply mcm ni "Aku redha, dah ketentuan" Yes we can redha after kita berusaha. Ini tak, makan 24 jam. lepastu gemuk. Lepastu cakap "Aku redha". And for me Diet untuk sihat, Jaga pemakanan. Exercise/workout. Kan sihat hidup kita macam tu? 

Aku start diet betul betul sebetulnya pada 03 October 2014. Dan waktu tu berat aku 62-65kg. Mesti pada korang, Like hek eleh bukan 100kg pon. Hmmmm. Sebenarnya nak kurus sebab nak pakai baju dengan selesanya. Bila duduk lemak kat perut tak berlipat. Nak pakai seluar dengan selesa dan jayanya. Got it gaisss? haha. Bukan nk kurus macam pesakit Anorexia pon. hmm.

Now, lets move to TIPS KURUS Tetra;


1. Firstly, DETERMINATION. Kena tanam azam dalam diri. Kena ade kekuatan mental untuk menghadapi pancaroba, onak duri, hahahahahh! maksud aku. Kena tahan nafsu makan. Tahan nafsu makan. Bukan tak makan tau. Cuma kena elakkan makanan yg tak berkhasiat utk waktu tertentu. Paling penting, bila dah ada azam dan semangat, CONSISTENCY. Ni yang ramai orang takde bila nak diet. Semangat diet tahan seminggu je, Acano? Den tak mampu nak menolong. Deal with yourself first.

2. Secondly, kena set kan our mind. Diet bukan untuk berlapar. Ini la masalah wanita kat Malaysia ni. Asal nak kurus je Berlapar. Skip breakfast. Skip Lunch. Skip itu, skip ini. Kalau main skipping takpe jugak. Okay macam ni, Nak diet. Makan kena teratur. The most important things is, portion makanan and kalori. Kita kena tahu nilai kalori setiap makan supaya kita tak terlebih makan. Topik KALORI next time la aku tulis. Sebab banyak sangat. Hahaha.

3. Never Skip your breakfast. Buang tabiat makan benda manis. (MANDATORY)

4. Exercise. Okay tips keempat ni ramai orang failed! why? "weh exercise kot, ala malu la", "segan la weh takde kawan, takkan nk joging sorang-sorang". Haaaa ni la. Ni la puncaaaa peha masih mengembang. why? malas nk exercise. 

Aku start diet and exercise masa aku praktikal kat uitm pasir gudang dulu. Time tu aku duduk kolej sebab senang nak pergi tempat kerja. Lepas balik kerja pukul 5, Solat terus siap siap nk pergi berjoging kat tasik belakang kolej. And aku joging sorang-sorang, Selama 1 jam. Setiap hari, kecuali sabtu and ahad. Once kau dah start joging, kau akan rasa best bila kuar peluh, kaki sakit. Why? cause NO PAIN NO GAIN. Nak joging pon bukan main joging je tau. Ade teknik. Nanti aku ajar dekat Next entry. 

5.The result will come after 6 month. Please trust me. Cara diet aku sebenarnya lebih kepada tak makan nasi. Tapi takde lah macam atkins sangat. Sampai semua tak boleh. Kalau untuk 6 bulan pertama memang aku tak makan nasi. Sarapan makan roti (wholemeal) + telur or makan dgn peanut butter ke. Tengahari aku makan protein. Ikan goreng ke ayam goreng ke, ayam masak lemak cili padi ke. ape ape lauk yg berasaskan protein. And then taruk la sayur sikit. Apa-Apa sayur and Sebelum lunch. Makan la buah dulu. Okay? Then makan malam, biasa aku tak makan malam. Makan malam aku pukul 5. Pukul 5 tu biasa aku makan protein juga. Malam kalau lapar, makan la buah buahan. 

I know, ramai kat luar sana pon nak kurus, ade azam. tapi satu je yang korang takde. SEMANGAT. DETERMINATION. CONSISTENCY. Percayalah once you gather all this things, Good things will happen. Jangan putus asa. Lasty, tiada siapa yang mampu ubah diri kita, Kalau bukan diri kita sendiri. Everthing in your hand. Just do it bak kata NIKE. 

Eh, lupa nak bagitau result aku. after 6 month my weight loss to 10 kg. and after 1 years and half now, my weight is 50kg. Berbanding dulu 62 kg. Sekarang saya sangat selesa dengan hidup saya. Living in healthy lifestyle is very recommended! Hehe. Sis so happy sebab sis da selesa!


Kiri 62kg. Kanan masa ni 55Kg
Ni masa raya tahun lepas 50kg.

saya sudah 50kg. anda bila lagi? 

0 comments: