Followers

Oct 2, 2014

Industrial Training.

Assalammualaikum. 

sekian lama tak update blog sampaikan nak update entry baru pon rasa janggal. Itu pon nasib baik bos tegur "Awak tak update blog awak ke waeda?" So tetibe aku dapat hidayah nak update blog ni. Hahahaha. 

Now i am currently doing my practical training at PTDI UiTM Kampus Pasir Gudang. Alhamdulillah dah 2  bulan kat sini. 3 month to go ! wehooooo. So far practikal kat sini best. Banyak ilmu yang aku and kawan kawan dapat. 

Bila practikal dekat dengan rumah and of course laa setiap minggu aku balik rumah. Disebabkan Praktikal kat johor. So, kiteorang cuti Jumaat and Sabtu. Ahad kerja. Kadang-kadang rasa tak syok jugak. Sebab kawan kawan semua cuti hari ahad. Hari ahad boleh golek golek lagi depan tv. Huhh! jeles! haha. Tapi yang bestnya sebab kiteorang hari khamis balik awal. So dapat rehat hari khamis, jumaat and sabtu. yeayerss! 

By the way, bila dah start practikal, tetibe rindu zaman belajar. rindu geng 08, rindu Kampus, Rindu Kuey Tiaw pakcik lori, rindu kek coklat abang burger and rindu semua la senang citer. Kboi.




p/s: rinduuu kawan kawan blogger semuaaa.

2 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Happy practical cik Tetra..semoga semuanye berjalan dengan lancar.. :)

Anonymous said...

Salam awak. Sorry nk tanya, praktikal dekat situ dia ada sediakan asrama tak utk org duduk jauh? Tq