Followers

Jan 23, 2014

Resepi of The Day : Red Velvet Cake.

Assalammualaikum,

Ya Allah da 22 januari rupanya. Cepat betul masa berlalu. Ewahhhh. Kesian belog aii olls. Last update 1 januari arituu. Okay, Dah. Jom balik kepada cerita asal. Red Velvet Cake! weeehoo. RVC ni salah satu cake yang aku gemar la katekoo. Selalu kalau nak makan beli aje. Dari kat kampus haritu. Time tgh final exam. Otak tak sabar nak balik rumah sebab tak sabar nak baking. Siap dah buat list benda ape aku nak buat time cuti nanti. Hahaha. Aku ni bolehla, minat jugak memasak. Tapi lagi minat baking laa. Nak cakap pandai sangat tu idok ler. Aii ollss ni masih amateur. Tapi disebabkan minat. So aku suka mencuba. Tak cuba tak tau. Insya Allah kalau resepi tu betul. Ikut step by step. Confirm jadi! pehh ayat tak boleh blah. Kahkah.

Salah satu hobi aku surf belog-belog masakan. And tgk youtube cara-cara nak buat kek and etc. And untuk resepi Kek Baldu Merah ni atau dikenali sebagai Red Velvet Cake aku jadikan belog Kak Ita  sebagai panduan. Aku guna resepi dari dia. Ya Allah. serius aku adore gila dengan belog Kak ita ni ----> Masam manis kreatif gila u ollss! Ohsem baq hang. Aku tau belog kak ita ni pon dari hanan sebab dia suka tgk blog kak ita. Hehe. Btw pinjam resepi ye kak ita nak letak dalam belog ni! thanks. :)

Sebenarnya, senang gila nak buat kek ni. Alhamdulillah bila da try buat menjadi. Family pon suka. Siap suruh buat lagi nanti. Hahaha.
tadaaaaaaaaaaaaaaaa. Siap akhirnya Red Velvet cake saya! simple sebab tak reti nak deco sgt. haha :)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


EASY MOIST RED VELVET CAKE
 
Bahan-bahan;
360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

cara-cara membuatnya;
1. Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
2. Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan
3. Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
4. Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
5. tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
6. Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
7. Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
8. Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
9. Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak
9. cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin,ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
10. Sejukkan kek atas redai setelah masak

Cream Cheese
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon
*Pukul krim keju dan gula hingga kembang. Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste. pukul sebati
 



Boleh deko ikut sukaa ye. Aku main taram je. maklumlah amateur la katekooo. haha.


p/s: esok nak cuba buat kek lain. wiwiwiwi. Okbai.

2 comments:

Etika Maria said...

Wih, cantik lah.. Tika mau dong cobain rasa cakenya buatan cik tetra :)

salam silaturahmi

LiLy @ MaMaQiStInA said...

tengok gambar pun tau sedap ni..mengiurkan..nyum2..^^