Followers

Jan 1, 2014

Mukasurat Satu

1 Januari 2014.

Hello 2014. Selamat datang. Teruja sebenarnya bila dah 2014 nih. Alhamdulillah. Tahun 2013 dah pergi meninggalkan kita. Baguslah. Pergi jauh-jauh. Jangan singgah lagi. Hmmm. Alangkah bestnya tahun yang pergi disertakan dengan kenangan nya sekali. Maksud aku kenangan yang berapa tak manis tu mohon jangan diingat lagi lah. Ehhh kemon! dah 2014 ni mohon matang sikit ye waeda. wiwiwiwi.

Macam-macam wishlist 2014 nih. Tapi. Duitnya takdak. Kakakaka. Eh tapi tahun ni aku habis degree. Wahhh! Tak sabar nak praktikal. Lepas praktikal ade 2 option. Sambung Master atau terus kerja. Masih dalam perancangan.  Takpe kita merancang. Allah yang menentukan.

Bila aku bukak twitter, facebook, Instagram dan sebagainya. Rata-rata AZAM 2014 rakyat malaysia tahun ni nak kurus, nak kurangkan berat badan lah, nak fitkan badan lah, nak lebih kecik lah. Sama konsep je sebenarnya. Rata-rata nak kurus. Hahahahaha. Ni boleh masuk dalam wishlist aku jugak ni. Kehkehkeh.

Pesanan i ollssss, 
Nak kurus ni bukan senang. Kau orang toksah la nak percaya produk ni produk itu. Kalau aku, kalau kau nak kurus kau kena sihat dulu. Amalkan gaya hidup sihat. Setiap minggu kena bersukan, jaga pemakanan, diet seimbang. Acewahhh aku dah macam kevin zahri pulak. Hihi. Okbai. Selamat menjayakan Azam anda semua. Dadaaaaaa.



p/s : happy birthday adik! 
 

3 comments:

Etika Maria said...

Selamat tahun baru 2014 semoga berlimpah keberkahan di hari esok nya :)

salam silaturahmi

ZWAN SABRI said...

kurus ok tp jangan kurus keding macam tengkorak hidop sudah..hihi

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat Tahun Baru cik tetra..sori lambat wish..hehe...Moga tahun ni lebih baik dari yg sebelumnya & moga segala yang di rancang akan tercapai..^^