Followers

Nov 30, 2013

OPKIM 2013 | Homestay Laman Bangkinang : Kembara Bersama Marketeers UiTM Segamat

Assalammualaikum.

Tak sabar nak hupdate entri ni sebenarnya. Keterujaan membuak-buak. Tapi apakan daya. Minggu ni aii busy nak mati. Dengan assignment, final project and bla bla. Sepatutnya entry ni nak update isnin lepas. Tapi Hari ini bersamaan dengan hari sabtu baru aku dapat update.

Ehem, Bismillahirrahmannirrahim. Jumaat lepas lepas habis buat research kat ASWARA. Dari pagi sampai petang. Terus menuju ke TBS beli tiket ke Segamat. Sebenarnya pergi segamat atas urusan lain. Memang takde kena mengena dengan OPKIM pon. Tapi ni kira Takdir jugak lah. Aku join OPKIM ni last minit. Berfikir banyak kali jugak ni. Tapi akhirnya cair jugak aku dgn pujukan ibah ni. Hihi.

Sampai segamat, pukul 10.30 malam (jumaat) terus ibah ajak pergi makan kat restoran kutaq. Then sampai rumah sewa ibah pukul 12 lebih gitu. Kemas-kemas baju. Esok pagi pukul 6.30 dah nak kena bangun join OPKIM. wiwiwiwiwi. Nampak tak kegigihan. Penat sebenarnya. Tapi aii kan semangat kuat, kental. Ketahanan fizikal dan mental sangat tinggi. *tunjuk muscle*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 22 November 2013.

Pukul 6 pagi bangun, siap-siap. Mandi. Aku, ibah, Datin  (housemate ibah) terus gerak ke UiTM Segamat. Sebab kitaorang naik bas dari sana. Wehhhh. Sumpah rindu. Bayangkan baru nampak pintu gerbang UiTM Segamat je dah excited. Tapi takdela tunjuk muka excited. Kahkahkah. Lepastu sementara tunggu bas uitm sampai, Aku perati je DSB, Pakgad, Rounder board, semua lah. Sekeliling UiTM aku perhati. Ya Allah. Rindunya suasana kampus Segamat. Sumpah rindu. Haaaa ni lagi satu den nak kobar ni. Den ni kira pensibuk je join OPKIM Marketeers ni. Semua budak UiTM Segamat. Den sorang je haa budak UiTM Puncak Perdana yang sesat. Mihmihmih. Rasa macam alien pon ade jugakk. Hahaha.

Demi ibah, gua sanggup join program dari fakulti dia. Sweet tak gua? kehkehkeh. Naik bas pukul 7pagi kami menuju ke kuala pilah cik senah hoiii. Eksaited eksaited! Dalam bas. Ramai lah kawan2 dari coursemate ibah yang baru aku kenal. Antaranya Putra, Shiera, wan, ika, toq and seantero dengannya. 

Sampai Homestay Laman Bangkinang, Batu Kikir Jambatan bosi, Gulai udang sebalango *eh ni bukan lagu ke? Kahkahkah. Sampi je sana kami terus menuju ke dewan rasmi diorang. Okay lepas tu barulah mula kenal lagi ramai orang. Time ni mula kenal mira, wawa, sally,  ikin dan lain lain. Mula-mula time diorang nak bagi kumpulan tu cuak jugak. Aku dah la tak kenal sesiapa kat situ kecuali Ibah dengan Datin. Tup-tup aku lain kumpulan dengan ibah. Hahaha. Terus taknak and rasa tak best. Yelaaa mula mula u ollssss. Mmg lah rasa macam tu. Tapi akhirnya dapat satu group jugak dgn ibah. Wiwiwiwiwiwiwi.

First thing buat bila sampai Laman Bangkinang ialah, ada taklimat dari ketua kampung, lepas tu sarapan pagi and then kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. Oh sebelum terlupa kami juga dibahagikan rumah-rumah mak angkat. Mak angkat kami Puan Norasiah Maamor. And ayah angkat nama ape eh? alaaa lupe. Hihi. And adik beradik ade 10 orang. Aku, Ibah, datin, Shira, Ika, Mira, Ikin, Wawa, Sally dan El. 

Cerita banyak-banyak. Tapi kalau takde gambar tak ohsem jugak ye dak? moh la mengscroll gambar yang aii sempat ambil sepanjang program. 

This is Laman Bangkinang. Cantik sangat pemandangan kat sini. Love it.
Kat sini banyak Pokok Buah. Pokok durian pon ade. Faham tak durian? Ya Allah durian u olllss.
IKS. Tempat Buat Bahulu. Ya Allah ni lagi satu nak cerita. Bahulu kat sini sedap nak mati. Lagi kiteorang makan time Bahulu panas. Ya Allah sedapnyaaaaa.
 

Nampak tak bahulu tu? Sedappppppp. Aku bantai sampai 4 ketul. Kahkahkah. Eh perkenalkan yang pakai baju X tu Putra nama dia. Hai Putraaaaa.
Kami memang kaki bergambor. Amik gambar hidup je semua. kahkahkah
this is mira and sally. Hai korang.  :D
kami tugu Kg ! hahaha
ni alah alah gangster kampung lahhh.
Pakcik ajar buat dodol. wiwiwiwiw.
ni lagi satu nak cerita. Ya Allah sedap gila dodol! Tapi nak buat. amekauuu. Lama u olllsss.
Anak ketua kampung Jurutari u ollsss. Dia ajar kitaorang tarian Endang. Sebab malam nanti malam kebudayaan. Kiteorang kena menari ikut kumpulan masing-masing.
Nak magrib dah. Mari masuk rumah. Malam nanti ade malam kebudayaan. Nervous u ollsss. hahaha
Kami menari di pentas terapung. Sekeliling pentang dikelilingi air. kelassss. Hahaha. Ade juri lagi. Ni yang lagi nervous.


Hari Kedua | Ahad | 23 november 2013

Hari kedua dimulakan dengan pagi-pagi ibu dah buat sarapan. Sedapppppp. Ibu masak ohsem. Ya Allah tak tau nak ckp macam mana. Makan tengahari, Makan Malam, Sarapan. Semuaa best! orang nogori punya lomak cili padi memang terbaik. Hari kedua aktiviti dimulakan dengan senamrobik 1 malaysia. Best gila. Dia macam tarian sikit. Lepastu terus aktiviti sukaneka. Wiwiwi. best gila. Main Upih, Klereng, Air masuk dalam botol, Balingan Kasih sayang, pukul bantal and banyak lagi. Semua aku bantai main. Hahahaha.  Lepas sukaneka kami ke Jeram Tengkek. Mandi Air Terjun! wehoooo.

makannnnnn.
nasi lemak sedap.
This is our ibu. Yang tengah minum air teh tuu. Hai ibuuuu.
Mari menuju ke sukaneka. Selfie itu harus.
Baju kuning tu our Ayah. Ayah tengah bagi penerangkan utk mulakan permainan.
semangat kesukanan! jyeahhh.
kebun sawii. Bestnya ade kebun Sawi. dapat makan sayur sawi freshhhh.
ni permainan pukul bantal. Scaryyyyy. hahaha.
Naik Hilux ayah. kami menuju ke Jeram Tengkek. wiwiwiwiwiwi.
best gila mandi. lagi2 bila air terjun mencurah-curah atas kepala and badan. Macam terapi.
pukul 4.30. Upacara penyampaian hadiah and kami balik menuju segamat.

Secara konklusinya, Wahhh konklusi hokayyy. Macam nak buat karangan pulak. Hihi. Apa yang dapat aku simpulkan utk program ni. The awesome memory i had ever. Seronok gilaaa. And aku tak pernah sangka akan join ibah and course dia utk program ni. Sebab kiteorang kan lain course, Memang susah nak buat aktiviti macam ni sama-sama. Seriusssss best! Thanks Ibah, Thanks UiTM Segamat, Thanks Marketeers, Thanks Adik beradik angkat, Thanks ibu ayah angkat and thanks Laman Bangkinang atas segala memori ni. Memang takkan lupa lah. Ramai kawan baru since join program ni. Thanks korang. Nice to meet u all. Lain kali kalau ade program lagi. Ajak lah aii. Aii sanggup turun ke segamat dari Puncak perdana. Kehkehkehkeh. Serius tak menyesal join program ni walaupun last minit.

Paling tak boleh lupa, Menari tarian endang. Seriuss aku ni dah la keras. Mana lah reti nak lembut-lembutkan tangan and badan nak menari. Kahkahkah. Tapi kan, Tapi kan. Tak sangka aii berjaya menari tarian endang. Macam tak percaya gituhhh. Tetibe macam. ehhh aku menari. ehhh boleh pulak aku buat Macam ni. Hahaha. Thanks anak ketua kampung ajar kami menari. Sampai sekarang aku igt lagi step. Ni mahu kalau dengan lagu dinding merinding ni. terus keluar step. Hihi Okbai. 


p/s: Ceritanya pergi segamat ade sebab lain. Lain pulak jadi. Hahaha. Nak buat macam mana. Inilah namanya takdir. Kita merancang Allah yang menentukan :)




2 comments:

yen(toka ziizokukuto) said...

arghhh kenapa tetiba rasa cam jeles je,,,,cam jeles je,,,huhuhu

btw*dah follow (mintak follow balik) :p hhehehe

Amirah Marliza said...

alamak! ade gambar i'olls! malu la macam ni. >.< haha! btw, nice entry! yeay! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi join n support event ktorng yg x seberapa ni. :) Jasamu dikenang,. :*