Followers

Nov 4, 2013

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Assalammualaikum,

Sekarang ni aku sedang mengalami kekejangan otot, sengal-sengal badan. Senang cerita sakit-sakit satu badan. Nak jalan sakit. Nak duduk sakit. Time tidur pon rasa sakit. Ni lah penangan Gunung Datuk. Hew hew. Alah setakat sakit-sakit ni biasalah. Yelah seumur hidup mana pernah mendaki gunung. Lepastu bila dah mendaki memang patutlah sakit-sakit satu badan semua. Ye dak? Hihihi.

Sabtu lepas, 2 November 2013. Aku and kengkawan join program club I-REC Hiking at Gunung Datuk. Kiteorang join pon last minit sebenarnya. Tapi punyalah eksaited u ollss nak daki gunung. Sebab hiking ni salah satu wishlist aku jugak. Mihmihmih. Pukul 6 pagi dah gerak. Biasalah janji melayu cakap pukul 6. Tapi last-last pukul 7 jugak gerak. Sampai Hutan Lipur Gunung Datuk dalam pukul 9 lebih gitu. and then Kami start hiking pukul 11 pagi.

Masa taklimat sebelum hiking. Instructor ade lah bagitau itu ini, tentang keselamatan. What to do, what to apply. And diorang tanya kalau siapa2 ada masalah kaki, lutut and sakit asma ke lelah ke. And for sure aku rasa takut. Aku pernah patah kaki kot. Dia cakap pernah ade satu kes. Ade yg pernah patah kaki panjat gunung. Kaki retak balik. Oh Hemm Geee. Seram aii dengar. Pastu aku bagitau aku patah kaki 2 tahun lepas. So dia cakap kalau yg dah bertahun. Insyaa Allah boleh hiking. Yeayyy! rasa selamat sikit! hikks.

kami seramai 69 orang termasuk 2 orang lecturer dibahagikan kepada 5 kumpulan. Aku group 1. So, kiteorang akan memulakan pendakian. Jyeahhh! Abang Roy sebagai juru pandu kitaorang. Masa mula-mula nak daki ni. Seronok. Ambik kau lepas satu jam dah start daki. Kaki dah mula cramp lah, mengah lah ape lah. Semua orang sikit-sikit nak take five. Miahaha. Nak sampai checkpoint 1 pon ya Allah lamanya. Sampai kadang-kadang aku terfikir. Boleh ke aku hiking sampai puncak ni. Penat nak mati. Disebabkan jari kaki belah kanan aku pernah patah. So kaki kanan aku mmg sakit lah. Dengan azam dan semangat yang kental. Acewaah. Aku meneruskan jugak perjalanan menuju puncak gemilang cahayaaaa, menguji cita, seindah rasa. ehhhhh. 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki).
-------------------------------------------------------------------------------------------

Muka muka eksaited first time nak hiking! mihmihmih.
ni baru nak start nihh! Tak rasa pape lagi. Lenguh pon belum lagi! miahahaha.

sukenyaaaaaa tengok awak nan biru yang cantik ohsem ituuu.
hai awak (Gunung Datuk) ! ni first time kita jumpa kan?
5 hinggit sajooooo. :)
mari mulakan ekspidisi.
watlek watpis. ni baru mula2. tak raso bendo la senang citoo.
rehat di checkpoint 1. Nak sampai checkpoint ni mak aihhhhhh. Bila nak sampai?? Bila nak sampai????? akhirnya sampai. *lap peluh 3 kati.
okayyy ni muka sampai puncak! Macam penat je macam penat je. Memang penat u ollsss!  ya Allah sampai jugak sampai jugak. Ya Allah :')

Lagi satu bala, Ingat bila dah sampai puncak dah boleh yeayy yeayyy lahh. Sekali kena tempuh lagi satu bala. Kena panjat 3 siri tangga scary. Scary tahu? aku ni dah la gayat. Oh Hem Geee. Berbekalkan semangat dan kekentalan yang dibawa. Aku pun dengan beraninya memanjat ketiga-tiga tangga tersebut. Mulut terkumat-kamit masa panjat tangga tu. Takut u olssss. Aku pandang bawah je. SERAM! Kalau jatuh macam mana? So, berdoa, berdoa dan berdoa. Dan Akhirnya selamat sampai ke puncak. Alhamdulillah. Tapi itu panjat tangga. Turun tangga? Oh Hemm Geeee. Itu lagi seram! K. Pucuk pangkal. Banyakkanlah berdoa. Banyakkanlah Istighfar and ape yang penting kita kena Berani. #facepalm

dah pulak. teman nak kena panjat. Takut tahu ? takut. Tapi teman sampei jugekkkk ke atas nun sana.
tangga pertama dah lepas. Teman nak kena panjat lagi dua tangga untuk Menuju puncak gemilang cahaya nihhh. Oh Hemm Geeeeee.
subhanAllah the scenery at the top of the mountain hill was incredible and beautiful! MasyaAllah.
Love love love love! beautiful!
haihhh budak tu tak cukup dah sampai atas puncak. Naik atas batu lagi. Idok berani la teman nak naik atas batu tu. Nungkamas. kesey nungkah. Miahahaha.
wiwiwiiwiiwiwiwiwiiwiiiii
rasa macam nak jerit. Tapi segan la kiteee. nanti orang tengok. Kehkehkehkeh.
ni kalau tengah malam ni lagi syiokkkkkk. sambil baring tengok bintang. main gitar. woii woiii. mana nak dpt gitar tengah hutan atas gunung? akai takdakkkkk.
we're at the top of the mountain!
Saya rindu awakkk! saya rindu awakkk! saya rindu awakkk! *teman mampu jerit dalam hati jehhhh.
holaaaahupppppp.
seluar aku kotor dan koyak. yehhh yehhh yehhhh! --'
muka penat. Bersedia utk turun pulak. kena menempuh 2-3 jam onak dan duri. Oh Hem Geeee.
you're rock girl!
babai awakkkk! entah bila kita dapat jumpa lagi. Sayonara. Thank you for the experience and the great moment! :')

Apa yang boleh aku simpulkan, pengalaman hiking di gunung datuk memang sangat-sangat berharga. Sangat-sangat menguji mental dan fizikal. Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu jaga aku, care pasal aku. Thank you so much. Kalau takde korang tak tau lah aku macam mana. And from this expedition kita boleh nampak kesusahan and kepayahan nak capai sesuatu. Nak berada di atas bukan lah semudah disangka. Lainlah kalau kita kaya. Nak rasa pemandangan atas gunung. Kita sewa helicopter and terus sampai. Tapi disebabkan kita ni takda ape-apa. Kita kena berusaha lebih sikit. Actually, kita yang takda apa-apa ni lagi beruntung sebab kita dapat rasa suka duka, enjoy sebelum menuju puncak. So the achievement is more valuable. Lepas ni nak tawan gunung ape pulak eh? hihi.

P/S : Tips hiking : Bawak air mineral banyak banyak banyak banyak! bawak jajan dan cekelet. Bawak tuala. Peluh merembes keluar dengan banyaknya u ollsssss. 



3 comments:

Haikal Blank said...

peh, nak tunggu aku larat daki gunung tetinggi ni memang tak tahulah bila. nak pikul perut sendiri tu masalah terbesar tu. kakaka

Cik Tetra said...

Haikal :Boleh punya. Sambil daki sambil nyanyi lagu AF. Confirm sampai puncak. kahkahkah. ~percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnnnnn~

LiLy @ MaMaQiStInA said...

wah...bestttnya..pengalam yang sangat berharga...