Followers

Jul 11, 2013

Diari Ramadhan Tetra 2013 : Hari kedua . . .

Assalammualaikum.

Alhamdulillah hari ni selesai hari kedua kita berpuasa. Aku harap sangat dapat puasa penuh tahun ni. Dapat tarawih penuh. Barulah semangat nak raya. Hihi

Ni nak kongsi something interesting. Korang pernah dengar tak tadarus Al-Quran alam maya? Menarik kan? Yelaa. Aku baru tau and baru join tahun ni. Selalu every year time bulan puasa aku join tadarus dengan mak aku kat surau kampung. Tadarus Al-Quran maya ni anjuran blog lord Zara. Sumpah menarik. Bila fikir2 balik. Tak semestinya kita kena pergi surau join tadarus. Dekat alam maya pon boleh. Nak tahu and nak join? Boleh lah ke blog Lord Zara. Rasa masih ada group yg kosong lagi.

Seronok sebenarnya baca Quran ni. Kalau satu hari tak baca rasa ade benda tak kena je. Aku ingat lagi Cikgu Ngaji pernah ckp "Waeda, jangan lupa baca quran setiap hari. Bacalah walaupun cuma satu ayat" Insyaa Allah benda yang baik kita amalkan. Yelah. cuba bayangkan NOVEL tebal2 alam tu satu hari boleh habis baca. Takkan Quran 2 atau 3 mukasurat kita tak boleh baca dalam 1 hari? hew hew.

Tapi untuk bulan ramadhan ni special sikit. Apa kata 1 hari 1 juzuk. 30 hari dah boleh capai 30 juzuk. Haaaa cun sgt lah tu. Boleh khatam time bulan puasa ni kan. Kalau selalu kita cuma baca selepas maghrib je. Untuk bulan ramadhan ni apa kata setiap 5 waktu selepas solat kita baca. Mesti boleh punya. Insyaa Allah.

Selamat beribadah kawan-kawan. Ingat. Beribadahlah Ikhlas kerana Allah. Jauhilah dari sikap riak dan takbur. Amin.


0 comments: