Followers

May 16, 2013

Hari ini hari ape?


Assalammualaikum,

16 Mei 2013. 

Hari ni hari guru. Sedar tak sedar dah 5 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Yelah sekarang aku  dah 22 tahun. Gila lama. Tapi still aku rasa macam baru je habis alam persekolahan. *bajet mude u ollsss* hahahaha. 

Senarai sekolah yang pernah aku bersekolah dulu

Tadika Kemas : 5 - 6 tahun
Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 1 - Darjah 1 - 2
Sekolah Agama Plentong - Darjah 3 - 6
Sekolah Rendah kebangsaan Taman Molek : Darjah 3 - 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek - Tingkatan 1 -5

So secara total. Aku bersekolah di 5 sekolah sepanjang hidup aku bergelar pelajar sekolah. Kalau cerita pasal kenangan kat sekolah permas jaya. Time tu aku ade cikgu kelas yang sangat sangat garang. Nama cikgu tu Cikgu Suzanna. Aku pernah kena cubit. pehhhh sakit gila. Haha. lepas tu, aku pindah sekolah  SKTM. Time tu aku ingat lagi. Cikgu zakaria selalu tegur aku sebab tak pakai lencana. Nak dekat 10 amaran jugak. Haha. 

Paling aku tak boleh lupa dengan Cikgu Maturidi. Cikgu Agama kat sekolah. Dia selalu marah aku sebab aku tak pakai tudung pergi sekolah. siap dia bagi amaran "Wahidah, awak dah darjah 5 masih tak pakai tudung, kalau esok saya tgk awak tak pakai tudung. Saya tak kasi awk masuk kelas!" Aku dari darjah 1 sampai darjah 5 memang tak pakai tudung pergi sekolah sebab aku Atlit. So kalau pakai tudung panas. Aku kalau pakai pon hanya first day sekolah je. Tapi start darjah 6 dah pakai. Yelahh nanti cikgu Maturidi marah kitee. hmmmmm. Hahaha.

Kenangan kat sekolah menengah? Ohmaigod terlalu banyak. Sampaikan aku rindu nak balik ke sekolah menengah. Paling aku terharu. Dengan Cikgu Koh, Cikgu Matematik time aku Tingkatan 5. Sebab dia, Matematik yang dulunya aku selalu dapat D boleh Dapat A. serius tingkatan 1-4 aku memang bengong subjek Math. Tingkatan 5 barulah aku pandai sikit. Barulah Merasa dapat A tiap kali ujian. Thanks Cikgu Koh. :')
 
So overall. Zaman sekolah zaman yang paling best sekali! kalau ade doraemon dah lama aku pergi mesin masa balik ke Zaman Sekolah. Hahaha. ok itu mengarut. Lastly. To all teachers, yang pernah mengajar aku, mendidik, menasihati aku. Thank you very much. Tanpa anda semua. Siapalah budak perempuan yang bernama Nur Wahidah ini. Jasa anda akan saya kenang sampai bila bila. I love you!

I love you cikgu.
p/s: dulu time sekolah kita suka kat seorang budak nama #$%^&*. okbai. Hahaha.

8 comments:

Khai faiz said...

kan best kalu mesin masa tu btl2 wujud

Cik Tetra said...

khaifaiz : hahaha. kann. tau xpe.kalau ade mesti best. :)

NazurahMN said...

sape lahhh orang yang dia suka tu duluuuuuu. haha

Cik Mun said...

selamat hari guru~~

Cik Tetra said...

Wawa : errr. Hahahaha. Adelah kita suka kat someone tuuuu hahahah. Zaman budak2.

Cik Tetra said...

Cik mun: heeee. Selamat hari guru jugak.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Happy teachers Day..
Rindunye Zaman Persekolahan..
sekarang ni tak sabar plak nk tgk Qis masuk sekolah..hehe...pantasnye masa berlalu...:)

Cik Tetra said...

Kak lily : yuppp. Rindu gile zaman skolah. Wahhh lps ni qis da sekolah. Best la diaaa. Mesti excited. Hihi. :)