Followers

May 14, 2013

Disini.

Assalammualaikum

Cuaca

Sekarang jam menunjukkan pukul 11.30 malam. UiTM Puncak Perdana. Di dalam bilik. Dalam keadaan cuaca yang sangat membahang. Sambil dengar lagu lifehouse_you and me. Hmmm. Baru terasa nak update blog. Bahang sungguh dua tiga hari ni. Takpelah. Hujan panas ni cuma ujian dunia je. Jangan merungut okay cik tetra! Hewww.

Rindu

Seriuss rindu nak jadi macam dulu. Aktif dalam blog. Kawan2 yang lain pon dah tak macam dulu. Semua pon dah senyap je dalam dunia blog ni. Kawan-kawan! di mana anda semua. Saya disini sangat merindukan anda. rindu nak baca hasil tulisan anda :')

Vice Versa
 
Zaman degree. Serius tak sama dengan zaman diploma. Rindunyaaaa zaman diploma kat UiTM Segamat. Hmmmmm. Degree ni sibuk sikit bila nak akhir-akhir sem. Assignment and final project jangan cakap lahhh. Menimbun u olllss. Sem ni aku byk Final Project. Ya Allah permudahkanlah urusan aku and kawan-kawan.

Hobi

Kini semakin galak membaca novel2 karya tempatan semestinya dari publisher2 yang sememangnya sudah betah dalam dunia penulisan. Membaca merangsang minda. Mengerakkan minda. Dengan membaca juga kita dapat pengalaman. 

Belajar

Masih beginner dalam seni bermain gitar. Masih baru. Tapi semangat dan usaha kena ada. Main gitar bukan senang seperti yang disangka. Selagi tangan kau tak rasa sakit dan kebas. Selagi jari tak keras. Jangan harap nak pandai ye. Someone ada cakap kat aku. "Belajar slow slow, lama lama nanti pandai la" thanks Anip bagi nasihat. hihi

Hati

Masih dalam proses. Proses yang akan mengambil masa yang lama. Tapi dengar cerita. Hasil kerja 'stalker' aku. Orang disana kian bahagia. Alhamdulillah. Semoga terus bahagia dan kekal bahagia ya! "Easy to forgive. But hard to forget. But. I choose to forget. Then forgive"

i have a dream.
p/s : Sekarang jam menunjukkan pukul 12.16 malam. Masih mendengar lagu yang sama lifehouse_you and me.

10 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

eh, tgh final sem ek.. hehe gmbatte tuk projek.. tips bila final presentation tu, keep calm je.hehehe try to beat my record, menang best poster presentation...hehehehehe

Cik Tetra said...

Zuan : err. skg tgh akhir sem utk part 4. haha. keep calm time presentation?? In Shaa Allah. I'll try my best. heeeeee :)

Qhaifa Nur said...

cuaca 2, 3 hari panas betul..nak tido malam pun payah...
gud luck...

Cik Tetra said...

Qhaifa Nur : yup2. mmg sekarang tgh cuaca pnas terik. hew hew. btw thanks :)

Khai faiz said...

duduk dekat puncak biasanya sejuk.. siap ada awan2 lagi

Cik Tetra said...

Khai Faiz : nama je puncak. tapi puncak perdana kat shah Alam ni panas membahang. hahaha

kakngah said...

hhmm.. akk pun rindu nk aktf blogging cam dulu.
dah setahun kot tenggelam timbul. adoi!

Cik Tetra said...

kakngah : tuhlaaa. mood dtg timbul. datang timbul. langsung tak konsisten. mcm mne la nk aktif kan. huhu.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Samalah cuaca kat sini ni..malam pun bahang...apatah lagi sianghari..tido pun tak selesa..

Cik Tetra said...

Kak lily : kannn. Skrg mmg musim panas n bahang. Nk tido pon panas. Hew hew.