Followers

Jan 23, 2013

Recipe Of The Day : Durian Crepe.

Assalammualaikum Bloggers

Hollaaaaa. rasanya macam dah lama aku tak update belog kesayangan ni. Huhu. Ini semua gara-gara final exam yang sangat mengstresskan. Takda masa nak update. Alhamdullilah Final Exam dah habis. Ya Allah leganya baq hang. Now i'm home! nak tau tak dah 3 bulan tau aku tak balik. Ni cuti sem baru balik. Gila sadissss. Okay lupakan pasal semua ini. Now sekarang fokus kepada tajuk asal kita.

DURIAN CREPE.

Okay benda ni dah sangat berlambak kat pasaran sekarang. *pasaran u ollss* hew hew. Pastinya semua penggemar Durian. Ataupun lebih tepat kita panggil Hantu Durian. Durian crepe adalah salah satu benda wajib yang harus dicuba, dibeli atau yang paling penting harus dimakan. Semestinya aku sebagai Hantu Durian harus mencuba membuatnya. Cewahhhh.

Kalau kat luar ni, ade yang jual 5 biji RM10. kira sebiji benda ni 2 ringgit laa. Itu kira okay lagi. Ada jugak harga yg lagi mahal. Nampak tak permainan dia. So utk memuaskan tekak aku untuk makan benda alah ni. eloklah kiranya aku buat sendiri. Ye lah, kalau beli setakat 5 biji ni aku sorang je yang makan ye dak. Masalahnya kalau beli kena kongsi2. Satu mana cukup! *haa tamak, nampak tak* hahaha.

Kelmarin aku ade buat, Percubaan pertama not bad lah. kira sedap jugak *Eh. And then tadi aku try buat lagi. Alhamdulillah kali kedua buat. Sangat menjadi ye durian crepe saya! yeahh. yeahh! saya buat dengan kedua2 tangan saya. hmm hmm. okbai. hahaha. Lepas tu post la gambarnya kat instagram. Then ada kawan mintak resepi. ok. ini dia resepinya. :D

antara bahan2 penting untuk buat durian crepe.
isi durian.

Bahan2 untuk buat crepe: (anggaran untuk 10-12 biji durian crepe)

1.  100gram - Tepung gandum 

2.  2 sudu besar - Tepung Ubi Kayu
3.  2 Biji Telur
4.  2 penutup esen vanila
5.  Pewarna kuning secukupnyaa
6.  2 sudu besar gula halus
7.  80ml Susu Segar

note *kalau nak buat lebih, double kan saja bahan bahan*

Bahan2 untuk inti Durian Crepe

1. Semestinya Durian. Ambil isi durian sahaja ye.
2. letak sedikit madu dalam isi durian tadi.
3. Untuk Whiping cream. Ade dua cara. Cara paling mudah. beli whipping cream yang dah siap je. Or kalau rajin sikit. belilah fresh whipping cream ya. Putar whipping cream tu sampai mantap! :D

Cara-cara membuatnya :

1. pertama sekali, Masukkan 100gram tepung gandum, 2sudu besar tepung ubi kayu, 2 biji telur, 2 penutup esen vanila, masukkan 2 sudu besar gula halus, masukkan 80ml susu segar dan yang terakhir masukkan pewarna kuning secukupnya. masukkan dimana? masukkan semua sekali bahan ke dalam BLENDER. okay blender ye. saya tidak kacau bahan menggunakan whisker. tapi kalau korang nak kacau guna whisker pon boleh jugak. Aku guna blender supaya semua bahan dikisar halus. 

2. okay lepas semua bahan sudah sebati dan dikacau/dikisar. Bolehlah kita buat crepe dulu.


3. Lepas dah siap buat crepe, biarkan crepe jadi sejuk sikit. lepas tu masukkan whipping cream, diikuti dengan isi durian and then letak whipping cream sekali lagi. Lepas tu lipat crepe.



4. Dan Akhirnya, tadaaaaa siaplah durian crepe anda! hew hew. Jangan lupa simpan dalam peti ais. Makan durian crepe sejuk2 baru sedap!.

Nampak menarik kan? okay mmg sedap okbai. :D
 p/s: Lepas ni nak try buat pavlova pulak laaa. :D

10 comments:

Sally Samsaiman said...

sally baru teringat nak buat hujung minggu ni...

Cik Tetra said...

@Sally Samsaiman heee yeke. try la buat. senang je buat durian crepe ni :)

Noor Adibah said...

pehh pehh.. tgk da nampak sedap! lepas ni buatkan utk ibah lak tau! hehe?!

Cik Tetra said...

@Noor Adibah : hehehe. mmg sedapp ibah! okeh nanti kite buatkan awk ye! :D

Noor Adibah said...

yeay! awak buatkan. nnti kite tukar2 eh. kita buatkan kek batik. awak buatkan kite durian crepe! oke tak.

Cik Tetra said...

@Noor Adibah heeeee boleh2. awk buat kek batik. kita buatkan awk durian crepe! yeayyyy! :D

najihahfara said...

gebu..nampak sedap

Cik Tetra said...

najihahfara : heeee. mmg sedapp. cube la buat. :D

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Pandainye cik tetra buat...nampak menarik..akak tak makan durian tu yg malas nak buat..hehe... :)

Cik Tetra said...

kak lily : heeee. biase2 jeee. kite men try2 buat je ni. oh akak x mkn durian eh? sygnyaa. :D