Followers

Dec 31, 2012

31 / 12 / 12 : Hari terakhir 2012.

Assalammualaikum.

Memandangkan hari ni hari terakhir bagi tahun 2012. Dengan ini secara rasminya. Saya ingin menyampaikan sepatah dua kata. Cecece. Kemain tau nak sepatah dua kata. hihi.

pertama sekali,
Aku nak panjatkan kesyukuran kepada ilahi atas kesempatan yang diberi untuk menjalani kehidupan pada tahun ni. Alhamdulillah. Thank you. :) and tak lupa jugak buat family. terima kasih untuk tahun 2012 ini :)

keduanya,
Aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat handai dan semua yang mengenali aku atas semua kenangan yang diberikan. Tahun 2012 ni tahun yang memberi suka duka, ketawa menangis, sedih, kecewa dan banyak lagi. kesemua kenangan yang ada pada tahun 2012 sama ada pahit mahupun manis akan menjadi kenangan yang abadi. 

Tahun bersilih ganti, tapi kenangan yang ada takkan sama pada setiap tahun.Aku sangat menghargai atas semua kenangan yang diberikan. Buat teman teman rapat. Terima kasih banyak2. Kenangan bersama korang akan diingati. Walaupun kita semua jauh dimata tapi dekat dihati :')

Antara kenangan yang paling segar diingatan and takkan luput sampai bila-bila ialah kenangan berada di UiTM Segamat. Aku sayang and rindu korang. Semoga berjaya dalam ape jua bidang yang korang ceburi. :')

SELAMAT TINGGAL 2012. Terima kasih untuk segala kenangan.

SELAMAT DATANG 2013. Semoga tahun baru ni memberi seribu keberkatan. In Shaa Allah 


xoxo
waeda