Followers

Nov 30, 2012

Konvokesyen Day : Sidang 9 | 28 November 2012

Assalammualaikum,

Alhamdulillah dapat jugak aku luangkan masa nak update entry. Entry ni patutnya nak update semalam. Tapi semalam sibuk. Pagi semalam Konvo. Balik konvo terus kena study sebab tadi ade test. sangat sadiss ye. Baru habis konvo terus kena tension-tension. Baru nak happy-happy *facepalm. Heh Heh

KONVOKESYEN KE 77
28 November 2012 / Rabu
SIDANG 9
DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR
UITM SHAH ALAM
(Diploma Pengurusan Maklumat / UiTM Segamat / Jun 2009 - March 2012 )
Dewan bersejarah
By the  way, rabu lepas, 28 November 2012 is my convocation day! *claps claps* tahniahh buat semua Student Diploma Pengurusan Maklumat yang konvo at that day. Alhamdulillah after 3 tahun bertungkus lumus belajar diploma. Konvo jugak kita akhirnya. Seronok. Dapat jumpa kawan-kawan yang dah belajar degree kat tempat lain. Time konvo la kita dapat gather sama. Hew hew. Tapi perjalanan konvo kiteorang. (Aku, Biha and Syafiqah) tak lahh sesenang korang-korang semua. Eh.

Disebabkan Mak Abah kiteorang tak dapat datang konvo kiteorang. *disebabkan ade hal yang tak dpt dielakkan* So dengan rasminya kami Bertiga telah menjadi *FOREVER ALONE* hahahaha. Serius. Orang lain mak bapak datang amik time hari selasa tu. Sebab rabu kan konvo. Tapi tapi tapi, Aku, Biha and syafiqah. Lain ceritanya. Selasa tu ade kelas sampai pukul 4. Lepas kelas kiteorang gerak UiTM Shah Alam. Naik bas pukul 5.30. Tapi bas datang pukul 7. What the paradise. 1 jam 30 minit kiteorang tunggu. Ohmaigod. Tapi takpe. Demi konvo. Kiteorang sanggup meredah onak dan duri. HaHaHa.

Sampai UiTM shah alam dalam pukul 9. Pastu nak call member. Sebab nak tumpang tido bilik dia. Tapi time nak call tu maxis problem. -_- takdapat nak reach. Sadiss gila. Bilik kawan kat kolej melati. Tapi tak tau bilik dia kat mane. So terpaksa la tunggu sampai line ade. Baru boleh call. Time jalan2 kat area situ. Nampak surau. Terus aku ckp 'i see the future' kahkahkah. Igtkan kalau tak dpt call jugak. Nak tido kat surau je. Tsk tsk tsk. Sedih bukan? >.< Tapi Alhamdulillah line dah okay. And thanks to Jiha and Dinie. Sebab kasi tumpang bilik. Gumawo :'D

Esoknya. Pukul 7 kiteorang gerak ke Bustop Melati. Naik Bas nak ke DATC. Gila forever alone. Naik bas okeh. Dahla Jammed. Mmg takut tak sempat je nak sampai. Sebab dalam tentatif start pukul 7.30. Tengok jam dah 7.50. Still sesak lagi dalam UiTM tu. Bas turunkan kiteorang kat Padang kawad. So nasib baik belum start. Haaa btw, My brother and my sister in law datang ganti tempat mak ngn abah. Nasib baik. Tak lah aku forever alone sangat. Hehe. 
dalam bas pagi rabu menuju ke DATC. :'D
Masuk Dewan Pukul 8. Aku biha and syafiqah Lambat beratur. Tapi nasib baik sempat lagi. Belum masuk lagi time tu. No giliran aku B728. And nasib baik sebelah aku kawan time diploma. Jojo and Wani. So taklah Forever Alone lagi. Hehe. >.< Masuk2 dewan duduk ikut no giliran. Lepas tu Kak ayu mesej bagitau yg dia and jun dah sampai. :))


no giliran
time sebelum masuk dewan
with wanie
Meet rasya. My classmate time diploma dulu.
istiadat konvokesyen 77
Majlis Konvokesyen dimulai dengan Video sedih.

Faham tak dorang tayang video sedih? video pasal ibu bapa. Oh mai god!Semua sedih la kirekan. Okay lepas tu majlis konvo dimulakan dengan Budak degree and lastly baru diploma. Aku huruf N pulak. jauh kot. lama nak tunggu giliran. Kak Ayu n Jun dah mesej ckp kalau aku dah beratur bagi tau. Sebab dia nak rakam video and nak amik gambar. 

Tiba lah masa yang sangat dinanti. jeng jeng jeng.

"Nur Wahidah Binti Mohammad"

pic from my brother - amik dari tingkat atas >.<
muke lega disitu. heeee :D
Dengan langkah penuh sopan santun aku Melangkah ke arah pro canselor. Bersarungkan Jubah keramat bersama motabot *topi konvo* di serikan dengan Baju kurung moden kelabu dipadankan dengan heels 3 inci, dilengkapi dengan tudung bawal berwarna merah. Aku melangkah dengan penuh Nervous. Gila Nervous. Serius. And Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku takut tetibe terjatuh ke, terpelecok ke? Tak ke malu? Nyahaha.

Perasaan time terima scroll tu sangat awesome okay. Sangat! Terasa penat lelah selama 3 tahun berbaloi. Dapat tengok kawan2 seangkatan terima scroll. Happy gile. Bile dorang naik pentas. Woahh aku dengan jojo. Tepuk tangan sambil jerit "wooo woooo" tanda sokongan. Heeeee. Paling tak sabar nak tunggu nyanyi lagu UiTM Dihatiku. Serius time kat dewan tu nanti. Semangat dia kemain. Lain macam lahh. Sedih boleh tak. Terharu kot nyanyi lagu tuu. Paling tak boleh blah, Tetibe cameraman zoom kat muka aku jojo and wanie. Time tengah nyanyi. tergelak aku bila perasan muke ade kat screen. Omo! haha :D
i got it. hehe. tapi dalam ni kosong je. :D
i'm diploma holder
kawan segamat. :D


Habis majlis istiadat konvokesyen dalam pukul 12. lepas tu keluar dewan. Mak aihhhhh. Ramai gile kat luar. Sesak gile. Abang aku dah call suruh pegi kat Booth studio amik gambar. Sebab nak amik gambar Formal dengan dia and kak Ayu. Sebelum g studio tu. Ambil peluang bergambar dengan kawan-kawan diploma. Weeee. Lepas tu baru gerak g studio. Dapat sejambak bunga Ros dari My brother and Kak Ayu. Thank you jun and kak ayu :) Appreciate sangat. Seronok kot dapat bunga. Bunga hidup pulak tu. :D.

Aku, Biha and Syafiqah tidak lagi Forever Alone. Hahaha. Lepas amik gambar studio Jun belanja kiteorang makan lepas tu terus balik UiTM Puncak Perdana. Secara keseluruhan. Aku sangat teruja and gembira. Convocation really made my day. Alhamdulillah. Pertama sekali terima kasih Allah S.W.T dengan semua nikmat yang diberikan. Terima kasih Mak Abah and family atas Sokongan, dorongan selama aku hidup 21 tahun ni, . Terima kasih kepada Cikgu, Lecturer. Dan tidak lupa kepada kawan2 yang sentiasa disisi selama. I Love You So Much.

meet my bestfriends! :D
meet tirah. :D
some of my classmates :D
geng forever alone. Syafiqa and Biha
the day.
>.<
galak betul.


we're forever alone. nyahahah.
love :)
^___^

"Setinggi manapun kita berdiri, Jangan pernah lupa asal usul kita"

p/s : Tak sabar nak KONVO degree pulak. Insyaallah. TO kawan2 yang bakal berkonvo. Selamat berkonvo. Enjoy your day :)

9 comments:

ieja faiq said...

tahniah kak :)

seronoknyaaa dah convo <3

Cik Tetra said...

ieja : heee thanks ieja. takpee lepas ni awak pulak konvo. :D

cik mun said...

tahniah!!!

Noor Adibah said...

TAHNIAH ye awak!
miss u muchh. n kita harap konvo degree nanti kita dapat jumpe awak. dapat amek gambar dengan awak n din! :'D

HaLuNa ReTrO said...

tahniah makcik..!!x cakap konvo bile..law x hal dtg bg bunga..haha

HaLuNa ReTrO said...

tahniah makcik..!!x cakap konvo bile..law x hal dtg bg bunga..haha

Anonymous said...

hai..congratulation..nk ty, ari tu amek gmbr kt studio booth bape ek?

Anwar Naim said...

tahniah !! :D lama lagi nak merasa mcm ni..huhu

aini shahroni said...

sori lambat..
btw, congrats kak!
meh kiss sikit..
muahhh XOXO!

from ::Arkitek Hati::