Followers

Oct 22, 2012

Minggu ini

Assalammualaikum.

hari ni hari ape? ya ya ya. Hari ini hari isnin. Maknanya esok hari selasa. Banyak2 minggu. Minggu ni minggu yang paling aku tunggu tunggu. Why? sebab Rabu ni dah start cuti untuk raya haji sekali dengan cuti midsem. Faham tak perasaan aku. Perasaan nak balik raya n cuti! weehooo. Padahal Shah Alam dengan Johor Bahru tak lah jauh mana. 4 jam je. Tapi rasa nak balik tu membuak2. Sedangkan dulu time kat segamat pon. Bila nak balik JB kemain excited. Inikan pulak bila berada di negeri orang. Eh.

sambil menaip sambil mendengar lagu kaka feat zizan - bawaku pergi. Seakan-akan hati aku telah dibawa pergi ke Johor Bahru. Eh. Skema bukan? kahkahkah. Serius aku tak sabar nak balik. But at the same time. Ade something yang buat aku malas nak jejak kaki kat JB. Dua perasaan yang berbeza tapi ape boleh buat. Perasaan nak balik lagi membuak-buak. So Johor Bahru, nantikan kehadiran anak kelahiranmu ini. i miss you so much! tempat yang paling indah dan selesa tidak lain dan bukan di tempat sendiri :)

Semalam modul untuk pelajar degree part 3. Pagi ceramah. Petang ade LDK. seriuss aku paling benci and tak suke modul. Tapi modul semalam. Serius best. Aku paling tertarik dengan ceramah dari En Yamin. Pensyarah IM224 fakulti pengurusan maklumat. Dia banyak cerita tentang pengalaman dia. Serius menarik sangat. Susah nak tgk lecturer yang ade latar belakang macam tu. Ketawa jangan cakap lah. En Yamin mmg kelakar habis. Berdekah wehhh dengar dia cerita. Time LDK pon best. Fasilitator group aku muke dia seiras Irma Hasmie. Bukan setakat muka je, Suara, cara pakai tudung. Sama!  overall, Modul semalam sangat berguna bagi aku. :)

this is muka gembira time modul semalam. actually muke gembira ni sebab tak sabar nak balik JB! :'D

2 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat bercuti cik tetra..mestilah happykan balik jumpa ngan Family...lagi² nk raya ni...ktorg raya bertiga jer kat sini.. :(

TiranaAduka said...

salam tetra.
Happy holiday.

Khas buat student uitm shj.servis laptop door to door.
Puncak perdana dan pnck alam shj. Laluan saya.jadi alang2 lalu sekali buat <penghantaran-

Kedai kami di seksyen 2 shah alam.
Maaf promosi kt sini