Followers

Apr 10, 2012

True Story : Roh!


Assalammualaikum,

Hari ni hari rabu, so aku pergi ke sekolah seperti biase menaiki bas. Tetapi Aneh, Bas kosong. Hanya aku penumpang dalam bas sekolah itu. Perjalanan ke sekolah mengambil masa 5 hingga 10 minit. Aku turun dari bas dan terus menuju ke pintu pagar sekolah. Hari ni aku lewat ke sekolah. Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Perasaan hari ni agak aneh. Aku seperti orang yang tidak mempunyai deria. tetapi aku teruskan juga dan menuju ke kelas 3A4.

Sampai sahaja di kelas, aku terkejut. Aku melihat semua kawan-kawan sekelasku menangis. Mereka seperti menangisi sesuatu. Dan disitu jugak aku terlihat kawan baik aku Julia, sedang menangis teresak-esak. Kehadiran aku di kelas seperti tidak dihiraukan. Aku memberi salam tapi tiada jawapan dari mereka. Aku ingin tahu, apakah punca yg menyebabkan kawan-kawan ku bersedih sehinggakan kawan baikku sendiri turut menangis.

Lantas aku terus menuju ke tempat duduk aku iaitu di sebelah Julia. Aku berkata "julia, nape awak nangis ni? bagitau lah kite" aku goyangkan tangan dia, aku pandang ke arah dia, tetapi dia tetap menangis. Kawan2 yang lain datang ke tempat julia  mereka mengatakan "Sabarlah julia, dah ajal Waeda. Awak jgnlah nangis nanti Roh dia tak tenang. Sabar ye julia." selepas tu mereka semua menangis. Aku pandang satu persatu muka kawan-kawanku. Kenapa mereka mengatakan yang aku Sudah mati. Aku ada disini. Aku disebelah mereka. 

Kenapa? kenapa mereka mengatakan aku sudah mati? aku disini! aku menjerit di dalam kelas untuk memberitahu bahawa aku belum mati. tetapi tiada siapa mendengar. Aku menangis sambil terduduk dilantai. Aku menangis sekuat hati. tetapi tiada siapa mendengar. Aku mahu pulang ke rumah untuk membuktikan yang aku masih wujud. secara tiba-tiba aku berada di hadapan rumahku. Di sana aku melihat, ramai orang berkerumun di rumahku. Langkah ku semakin perlahan kerana aku bingung memikirkan semua ini. Aku terkejut melihat sekujur tubuh yang sudah dikafakankan terbaring kaku. Aku melihat ahli keluargaku menangis dan ade yang bersedih. Aku turut menangis. dan Alangkah terkejutnya aku bila kain batik yang menutupi mayat itu terbuka. Ternyata sekujur tubuh kaku itu adalah Aku! Ya, aku sudah mati. Aku kini hanyalah roh yang hidup utk melihat orang2 yang berada disisiku.


Alhamdulillah Ya Allah, ini semua hanya mimpi. Semua yang aku cerita ni mimpi aku time aku Tingkatan 3. Time tu tahun 2006. Scary gile mimpi ni sebab aku mimpi aku mati lepas tu aku jadi roh! sumpah scary. Aku tak pernah cerita kat sapa2 pasal mimpi ni sebab aku takut! aku takut sgt. Sedih sgt bile jadi Roh! sebab org tak nampak kita, orang tak dengar kite. Kite keseorangan. Aku tak tau ape makna mimpi ni. And org pertama yang aku cerita pasal mimpi ni ialah Ibah. Then ibah cakap share la pasal mimpi ni kat belog. And now terjadilah entry ni. Btw time aku tersedar dari mimpi ni, aku terus mengucap lepas tu aku menangis. Alhamdulillah aku masih diberikan peluang utk hidup. Untuk bertaubat. terima kasih Ya Allah :')

9 comments:

sis92 said...

ajal tiba bila2 masa, tapi kita masih tak bersedia ..

ank mak siti said...

wah cm real lar mmpi tuh, tp alhamdulillahkan nsib bek lar hanya mimpi semata2.. ade hikmah mgkin, kte mane tahu.. banyak kn berdoa smoga diri dlm keadaan snantiasa sempurna sblum tbe masanye.. :)

nice entry :)

Noor Adibah Binti A.Latif said...

u ollss.. awak akhirnya buat entry jugak pasal ni kan .. hehe..
alhamdulillah.. ibah doakan awak yee..

# tq sebab cerita mimpi awak ni kat kita <3

Cik Tetra said...

sis92: betul2.ajal dtg bile2 mase..sebab tu kite kena sentiasa bersedia dan yg paling penting kite mengikut perintah allah. :)

Cik Tetra said...

DIn: macam real kan.we ollss lagilaa terkejut..tapi alhamdulillah pnjang umour..dpt jumpe u ollss semua...

thanks sudi bace.. :)

Cik Tetra said...

ibah : heee..tuhla baru tergerak hati nk buat entry ni.. thanks ibah doakan kite.. :)

you're most welcome..kite akan cerita kepada org yg kite percaya..and i trust you. :)

HaLuNa ReTrO said...

scary lah waeda nih..errr

penulisan yg baik..buatkn hal nk bce smpai habis..biase ala ala jerk..haha..=P

hurm..mimpi kn mainan tidur..mimpi yg sebegini biasenye nk sedarkn kite supaya banyakkan ibadah..

ibadah seumur hidup pon x tau cukup or tidak untuk jamin kita masuk syurga..renung2 kan lah dan selamat beramal..=)

Cik Tetra said...

Hal : hahaha..waeda tak scary..mimpi tuh yg scary laa.. :)

thanks hal. Selama ni biase2 je sebab waeda nak blog waeda sempoi2 je.. heeeee.

hmmm betul lah tu , mimpi ni mungkin tanda suruh waeda bykkan ibadah..insyaallah :)

thanks 4 the advice.. i'll take note.. :)

wanina rayna said...

Kite pn mimpi cmni smlm......