Followers

Apr 12, 2012

Fact of The Day : Bila Kita . . .

Assalammualaikum . . . 

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...


Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...


Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata..ingat pesanan ini :-

"Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.."  ( Kisah Wanita, FB )

6 comments:

Noor Adibah Binti A.Latif said...

BAIK KAKLONG. KAK NGAH DENGAR TUU.. ape ape pun. . kita mesti fikirkan pandangan Allah dulu terhadap kite bukan orang orang lain..

ank mak siti said...

ape nk komen eh? hehe btw thanks sbb share2 bab nieh.. btul2.. buat dgn ikhlas papepown, jgn buat kerana org.. n biar ape org nk kate kte, jnji kte xwat bnda slh.. :)

sis92 said...

cakap siang pandang2
cakap malam dengar2
-,-

zulhilmi tempoyak said...

Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

LiLy @ MumMyQiStInA said...

hmmm...memang sukar nak memuaskan hati semua orang...yang penting kita tau apa yang terbaik buat kita... :)

Nurrul Hazieqah ツ said...

itulah manusia akhir zaman.. ada aje yg tak kena dgn apa yg kita lakukan..
apa2 pun , jgn pernah menyerah.. kerana Allah sentiasa bersama :)