May 16, 2013

Hari ini hari ape?


Assalammualaikum,

16 Mei 2013. 

Hari ni hari guru. Sedar tak sedar dah 5 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Yelah sekarang aku  dah 22 tahun. Gila lama. Tapi still aku rasa macam baru je habis alam persekolahan. *bajet mude u ollsss* hahahaha. 

Senarai sekolah yang pernah aku bersekolah dulu

Tadika Kemas : 5 - 6 tahun
Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 1 - Darjah 1 - 2
Sekolah Agama Plentong - Darjah 3 - 6
Sekolah Rendah kebangsaan Taman Molek : Darjah 3 - 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek - Tingkatan 1 -5

So secara total. Aku bersekolah di 5 sekolah sepanjang hidup aku bergelar pelajar sekolah. Kalau cerita pasal kenangan kat sekolah permas jaya. Time tu aku ade cikgu kelas yang sangat sangat garang. Nama cikgu tu Cikgu Suzanna. Aku pernah kena cubit. pehhhh sakit gila. Haha. lepas tu, aku pindah sekolah  SKTM. Time tu aku ingat lagi. Cikgu zakaria selalu tegur aku sebab tak pakai lencana. Nak dekat 10 amaran jugak. Haha. 

Paling aku tak boleh lupa dengan Cikgu Maturidi. Cikgu Agama kat sekolah. Dia selalu marah aku sebab aku tak pakai tudung pergi sekolah. siap dia bagi amaran "Wahidah, awak dah darjah 5 masih tak pakai tudung, kalau esok saya tgk awak tak pakai tudung. Saya tak kasi awk masuk kelas!" Aku dari darjah 1 sampai darjah 5 memang tak pakai tudung pergi sekolah sebab aku Atlit. So kalau pakai tudung panas. Aku kalau pakai pon hanya first day sekolah je. Tapi start darjah 6 dah pakai. Yelahh nanti cikgu Maturidi marah kitee. hmmmmm. Hahaha.

Kenangan kat sekolah menengah? Ohmaigod terlalu banyak. Sampaikan aku rindu nak balik ke sekolah menengah. Paling aku terharu. Dengan Cikgu Koh, Cikgu Matematik time aku Tingkatan 5. Sebab dia, Matematik yang dulunya aku selalu dapat D boleh Dapat A. serius tingkatan 1-4 aku memang bengong subjek Math. Tingkatan 5 barulah aku pandai sikit. Barulah Merasa dapat A tiap kali ujian. Thanks Cikgu Koh. :')
 
So overall. Zaman sekolah zaman yang paling best sekali! kalau ade doraemon dah lama aku pergi mesin masa balik ke Zaman Sekolah. Hahaha. ok itu mengarut. Lastly. To all teachers, yang pernah mengajar aku, mendidik, menasihati aku. Thank you very much. Tanpa anda semua. Siapalah budak perempuan yang bernama Nur Wahidah ini. Jasa anda akan saya kenang sampai bila bila. I love you!

I love you cikgu.
p/s: dulu time sekolah kita suka kat seorang budak nama #$%^&*. okbai. Hahaha.

May 14, 2013

Disini.

Assalammualaikum

Cuaca

Sekarang jam menunjukkan pukul 11.30 malam. UiTM Puncak Perdana. Di dalam bilik. Dalam keadaan cuaca yang sangat membahang. Sambil dengar lagu lifehouse_you and me. Hmmm. Baru terasa nak update blog. Bahang sungguh dua tiga hari ni. Takpelah. Hujan panas ni cuma ujian dunia je. Jangan merungut okay cik tetra! Hewww.

Rindu

Seriuss rindu nak jadi macam dulu. Aktif dalam blog. Kawan2 yang lain pon dah tak macam dulu. Semua pon dah senyap je dalam dunia blog ni. Kawan-kawan! di mana anda semua. Saya disini sangat merindukan anda. rindu nak baca hasil tulisan anda :')

Vice Versa
 
Zaman degree. Serius tak sama dengan zaman diploma. Rindunyaaaa zaman diploma kat UiTM Segamat. Hmmmmm. Degree ni sibuk sikit bila nak akhir-akhir sem. Assignment and final project jangan cakap lahhh. Menimbun u olllss. Sem ni aku byk Final Project. Ya Allah permudahkanlah urusan aku and kawan-kawan.

Hobi

Kini semakin galak membaca novel2 karya tempatan semestinya dari publisher2 yang sememangnya sudah betah dalam dunia penulisan. Membaca merangsang minda. Mengerakkan minda. Dengan membaca juga kita dapat pengalaman. 

Belajar

Masih beginner dalam seni bermain gitar. Masih baru. Tapi semangat dan usaha kena ada. Main gitar bukan senang seperti yang disangka. Selagi tangan kau tak rasa sakit dan kebas. Selagi jari tak keras. Jangan harap nak pandai ye. Someone ada cakap kat aku. "Belajar slow slow, lama lama nanti pandai la" thanks Anip bagi nasihat. hihi

Hati

Masih dalam proses. Proses yang akan mengambil masa yang lama. Tapi dengar cerita. Hasil kerja 'stalker' aku. Orang disana kian bahagia. Alhamdulillah. Semoga terus bahagia dan kekal bahagia ya! "Easy to forgive. But hard to forget. But. I choose to forget. Then forgive"

i have a dream.
p/s : Sekarang jam menunjukkan pukul 12.16 malam. Masih mendengar lagu yang sama lifehouse_you and me.

Apr 10, 2013

Untitled

Assalammualaikum,

Rasanya dah lama tak update blog. Semangat nak berblogging makin kurang sekarang. Tak tau lah kenapa. Nak cakap busy dengan Assignment. Memang tak ahh. Yelaaaa sekarang ni masih dalam mood enjoy. Belum ade assignment yang menyesakkan jiwa cewahhh.

Hmmmm sebenarnya banyak benda yang dipendam sampaikan aku rasa dah bernanah hati aku ni. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Acewahhh. :'D Tak tau la nak cerita macam mana. Sebab aku ni seorang perahsia. kalau cerita semua. Jadi bukan rahsia la kan. Ye dakk?

. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .

Semoga kawan-kawan semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah. Aku doakan kebahagiaan korang.


Mar 24, 2013

Geng Oldies Dihatiku.

Kami Geng Oldies!

Geng Oldies? Ape benda tuu? Geng mafia? Geng gagak hitam? ke macam mane? Geng Oldies ni merupakan satu geng yang terdiri daripada senior dan junior UiTM Segamat. Bukan semua. Tapi ahli-ahli geng  yang terpilih sahaja. Hihi.

Kenapa Geng Oldies? Sebab geng kami menggunakan nama2 ‘oldies’ sebagai nama gelaran. Geng Oldies dianggotai oleh 10 orang ahli. Mereka adalah :

  1. Cik Tetra  sebagai Kak Senah
  2. Cik Ibah sebagai Kak Bedah
  3. Aqimie Ceplos sebagai Sarip
  4. Harith sebagai Sudin
  5. Alia (ASZWIK) sebagai Esah
  6. Wawa (ASZWIK) sebagai Maznah
  7. Wanie (ASZWIK) sebagai Combi
  8. Sahida (ASZWIK) sebagai Jenab
  9. Ieja (AZWIK) sebagai Gayah
  10. Hanim sebagai Mah

See. See. Betapa Oldiesnya nama-nama gelaran kami. Geng kami begitu aktif pada suatu ketika dulu di laman sosial twitter. Kami menggelarkan nama masing2 mengikut gelaran yang diberikan yang membuatkan kami unik. Ehhh. Hahahaha. Sesungguhnya saya sangat berbesar hati dapat menjadi ahli Geng Oldies. Kini kumpulan kami suam-suam kuku sahaja. Ianya kerana masing-masing sibuk dengan karier dan pembelajaran masing2. Ewahhhhhh. 

Saya, Kak senah kini berada di UiTM Puncak Perdana. Manakala Kak Bedah berada Di UiTM Segamat. Sarip pula kini nun jauh di Arau. Sudin pulak baru menjejakkan kaki ke UiTM Puncak Perdana. Mah pulak masih menuntut di UiTM Segamat. Manakala Esah, Maznah, Wanie, Sahida dan Ieja masing masing mula menapak di alam pekerjaan. Sesungguhnya saya disini sangat merindui kalian. Ewahhhh. Sebelum terlupa. Maafkan saya. Tutur bahasa yang agak skema didorong oleh nama group ini iaitu Oldies menjadikan saya menggunakan kosa kata sedemikiam. Hihi.

Pesanan terakhir dari saya : 
"Korangg! Kak senah rindu koranggggg. In Shaa Allah kalau panjang umur kita jumpa lagi okay. Maybe jumpa kat wedding salah sorang ahli group kita ni. Mana lah tau. Jodoh korang sampai awal! Ehhhh. Btw semoga Berjaya di mana sahaja anda berada. I miss youuu and love youuuu. Hihi. Daaaaa. Bubyeeee."

our Memory | July 2012 | UiTM Segamat 

Dari Atas : Harith (Sudin). Dari bawah. Kiri : Wawa (Maznah) Ibah (Bedah), Sahida (Jenab), Wanie ( Combie) Saya (Kak Senah), Hanim (Mah) and Alia (Esah)
Mak jemah and the ganggg!
peace! :D
:D
3 dara pingitan.
me, wawa and ibah. :D
me, ibah and alia gedik much! hihi

123 peaceee!

me and harith.

we called it kyeopta.

Berbuka puasa bersama :)

Feb 20, 2013

Limited Edition Entry : Happy Birthday Aisyah . . .

 Assalammualaikum Bloggers

Yesterday | 19 February 2013 | Aisyah's Birthday

celebrate birthday dia semalam kat jusco, makan2 tgk wayang and window shopping. :D


"Dah tua dah kau syah. Aku muda lagi. still 21 tahun setengah. So aku nak kena panggil kau kakak ke macam mane? nyahahaha. Btw syah aku doakan kau panjang umur dan murah rezeki, semoga berjaya dalam hidup and semoga kau dilindungi dan diberkati Allah. Love you bff"

Aku kenal Aisyah dari kecik lagi. Time tu umur aku 3 tahun. Mak aku dan Mak dia pon BFF. Aku dan dia pon BFF. Nampak tak permainan dia? haha. Rumah aku dah jadi macam rumah dia. Rumah dia pon da jadi macam rumah aku. Kirakan kalau dia datang rumah aku, dia boleh masuk makan and tido sesuka hati! jyeahhh! Ingat lagi dulu sekolah PAFA sama2. Selalu kena denda dengan cikgu sebab dtg lambat. Lambat pon sebab dia. ish ishh. sebab kau lah aku kena lari padang 10 round. hahaha :'D

Dia akan cerita semua masalah dia dengan aku. Yang paling tak boleh blah. Dulu time sekolah menengah kalau dia nak keluar, dengan aku je mak dia bagi. hikhik. Kira macam orang kepercayaan mak dia lah. Lagi satu aku tak pernah gaduh dengan dia. Last kiteorang gaduh time darjah 2. Dia baling batang mancis kat aku lepas tu dia jelir lidah dan lari. eiii jahat bukan? nyahaha dan aku pun menangis sekehendak hati. Bengong gila, padahal bukan sakit pon. Batang mancis je. "oh my poor little girl" Kahkahkah :'D

kalau nak cerita pasal dia mmg banyak la. Since kiteorang dah kawan dari kecik. Dah faham sangat dah perangai masing. Dengar citer hujung tahun ni nak bertunang. Wahhh gituuuu. Untunglahhh sudah berpunya. Eh. Okbai. :p


i love you you love me we are happy family. :) #Yesterday #CelebrateBirthday #22yearsOld
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...